Khamis, 23 Jun 2011

Man Tom?

Apa pulaklah Man Tom nih? hehe... Kedai en Man kitalah, Man Tomyam
yang menjual makanan ala semenanjung. Walau jauh, sanggup kuredah,
walau ribut atau hujan, sanggup kutempuh demi memenuhi selera dan perut
kami. Kredit untuk Linda dan kak Azlin kerana berjaya menemui kedai
Man Tom (singkatkan jelah kan) nih!
     Harga memang berpatutan. Kalaulah ada kedai Man Tom ni kat Desa Ilmu
lagi best. Sempat kubertanya pada anak tuan kedai (yang bapaknya, en Man kita
ni yang jadi tukang masaknya). Banyak cabaran sebelum mereka bukak kedai nih.
    Mereka berasal dari Johor ye tuan puan, diulangi, Johor. Isteri tuan kedai,
pada mulanya ditugaskan ke Sarawak (kerja dengan jabatan kerajaan)
pada tahun 2004. Setahun kemudian, mereka semua menyusul maknya.
Kedai makan yang ada di Johor dijual dengan sedaranya. Lalu membuka kedai
makan di Matang. Alhamdulillah, nampaknya semua suka makan di situ, almaklumlah
ramai orang semenanjung. Memang kena dengan tekak kami.
     Maka memang kena dengan selera kami. Selain soto, ada dijual makan siap
untuk tengah hari, selepas tu hingga ke malam, berjualan makanan panas
pulak. Walaupun hujan lebat petang tadi, kami sempat singgah (layak dipanggil
pergi) ke kedainya. Apa yang kami order? Hanya dua pinggan nasi, dua gelas air,
kailan ikan masin, sup daging dan tak lupa, ayam goreng kunyit (wah sedapnya, lama
tak makan ayam goreng kunyit nih). Jom kita makan.
    Dan yang best (tak tahulah best ke tak..hehe), depan kedai mereka juga ada
kedai bernama 'Tom'. Jom kita tengok. hehe...
jangan marah aaa...kebetulan je...Tom's .....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...