Nampak cantik je kan bunga ni. Yang ni ku tahu namanya - bunga telang diberi nama. Untung dapat melihat bunga ni - kebetulan datang bertandang ke rumah sepupu encik suami. Dek kerana melingkar ke pagar hingga ke ruang letak kereta, sempatlah kurakam dengan hp cabukku nih...hehe. Nasib baik jiran punya. Kalau sedara punya, memang dah lama kami bawa balik dan tanam.
Bunga telang ni glemer sebab jadi bahan pewarna dalam nasi kerabu. Jangan tanya pulak bagaimana nak masuk dalam nasi, tu kena tanya tukang masak yang pakar buat nasi kerabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan