Selasa, 18 Oktober 2011

satu perjalanan

Dah dua minggu ku balik kampung kelahiranku sempena majlis menyambut menantu anak makcikku. Walaupun masa yang agak singkat, namun puas apabila dapat berkumpul dengan saudara-mara. Cerita dalam gambar di bawah ni hanya selingan semata-mata. Semasa mengikut jalan kampung, ada kereta lain di depanku memang lambat pergerakan ke depan. Bila diamati, rupanya sedang mengekori motosikal yang ditunggang oleh seorang tua.
     Makanya pergerakan kami pun lambat. Adik ada memberitahuku, pakcik tua tu sememangnya suka bawa motosikal cara sedemikian. Dia takkan peduli dengan kenderaan di belakangnya. Suka hati dia nak lambat ker, nak masuk kanan kiri suka hati ker..hmmm agak-agaknya macam manalah perangainya semasa muda dulu. Dek kerana kami dah tahu keadaan seperti itu, kami hanya mampu bersabar dan tergelak dalam hati-orang macam tu pun ado ko!

dah masuk simpang, baru kami boleh nak pecut...sabar jelah..

tengoklah pakcik tu...dah keluar simpang baru kami boleh tarik nafas lega... 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...