Nampak sedap je kan bila tengok semua gambar kat bawah nih. Tetapi jangan terkejut masa nak membayarnya. Setiap hidangan - nasi, lauk dan sayur, sekitar harga RM7-RM8 sepinggan. Sekali sekala bolehlah makan macam tu. Lama-kelamaan boleh bengkok teman, tak cukup bulan lagi kena makan maggie (tu pun kalau mampu). Dek kerana bandar Miri ni berhampiran dengan negara Brunei, maka tak hairanlah dengan harga barang yang sememangnya tinggi.
Penjual di sana katanya tak pandang pun sangat dengan pembeli tempatan, malah tak hairan kalau mereka tak beli barang mereka. Apatah lagi nak menawar tak dipandangnya muka kita. sebab apa, kuasa membeli telah dikuasai oleh penduduk yang datang dari Brunei. Mereka membeli tanpa menawar harga sebab kemampuan mereka. Turun sahaja setiap hujung minggu ke Miri, memborong barang tanpa menawar, membuatkan harga barang menjadi tinggi. Tapi, mungkin orang Miri sendiri dah biasa dengan keadaan ini. Maklumlah negeri yang kaya minyak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan