Mee kolok ni spesial tau. Boleh jadi satu cerita. Bukannya apa, nampak ringkas je kan mee ni. Buh sup, minyak bijan, kicap dan daging sikit, pastu buh bawang goreng dan cabai sikit... memang kenyang... alhamdulillah. Kedai ni satu-satunya kedai Muslim yang dibuka awal pagi di Serikin dan hanya ada mee ni sahaja yang siap untuk dijual. Ayam penyet dan makanan lain, waktu tengah hari baru ada dan ditambah dengan ramai orang lagi, tak sanggup kami tunggu.
Rasionalnya, sesuailah untuk kami yang suka datang awal pagi (paling awal 7.30 pagi dah sampai), tak ramai orang lagi dan tak perlu tunggu giliran lama. Walaupun agak mahal (RM5 semangkuk) tetapi telah membuatkan perut kami kenyang dan cukup tenaga untuk berjalan dari awal-hujung dan patah semula ke tempat letak kereta. Mee kolok ni akan menjadi kenangan dan cerita bila mana kami dah balik semenanjung nanti (tapi bila?..hehe).
boleh tahan sedapnya...alhamdulillah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan