|
makan-makan.... |
Minggu lepas mak Ngah (mak sedara encik suami) bersama besan dan anak menantu ada datang ke Kuching. Mereka datang waktu hari bekerja. Kami hanya sempat jumpa mereka pada hari jumaat malam yang lepas. Dek kerana sekejap je jumpa mereka masa di meja makan, maka kami berjanji dengan beliau dan besannya untuk ke Serikin pada hari Sabtu. 6.30 pagi kami ambil mereka (awal tuh...hehe..dah terang pun kat sini). Bukan apa, awal pergi cepatlah balik. Ditambah dengan hujan renyai-renyai, sejuk je rasa pagi-pagi nih.
Seronok juga pergi bersama mereka. Adalah beberapa barang yang mereka beli. Kami jadi pengikut setia jer almaklumlah dah pergi minggu lepas kan...kali ni pergi cuci mata dan teman mereka jer...hehe...itulah cerita untuk entri kali nih.
|
tengah khusyuk mendengar ....beli idoknya...hehe |
|
kami hanya mampu belanja mak ngah dan besannya, mee kolok jer...hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan