Lelaki tegap yang ada dalam gambar ni ialah sepupu kepada Rosli Dhoby (lupa namanya sebab panjang). Beliau yang bertanggungjawab memberi penerangan tentang perjuangan RD sepanjang pameran ini berlangsung. Beliau banyak mengetahui tentang sejarah hidup RD sehinggalah kematiannya. Malah, beliau sendiri telah menyaksikan sepupunya itu (RD) menikam general Inggeris yang sedang membuat lawatan pada ketika itu.
Rosli Dhoby mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejak dari kecil, semangat juangnya yang tidak suka dengan kehadiran penjajah membuatkan jiwa kental dan hati RD sentiasa membara untuk menentang penjajah. Pada saat RD ditangkap, dipenjara dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati, beliau masih muda dan belum berkahwin. Dalam warkah sebelum saat kematiannya, beliau banyak berpesan untuk keluarga dan bangsanya agar tidak menangisi kematiannya kerana beliau berjuang untuk bangsa dan negara.
Semasa sepupunya menceritakan tentang sejarah hidup RD, sebak dada kami apabila mengenangkan pengorbanan RD sehingga saat kematiannya. Keluarganya juga tidak dibenarkan menuntut jenazahnya. Dikhabarkan sekubur tubuhnya dikebumi di kawasan penjara. Nak tahu cerita lanjut, sila cari di internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan