(Ni sambungan cerita mangga bosar hari tuh)..
Alhamdulillah ada sahabat abang yang baik hati (Zahari) memberi buah mangga kepada kami. Kufikir buah mangga yang biasa-biasa je, nah rupa-rupanya besar juga. Ambik ko..hehe. Tunggu 2-3 hari jugaklah baru nak kupas kulitnya. Kalau nak sedap makan masa mentah ranum, kalau dah masak sangat, tak sedap kot.
|
versi gambar dekat.. |
|
versi gambar jauh sikit... |
Zahari ajar untuk buat jeruk mudah. Letak gula, garam dan buh kicap dan cili padi, kemudian perap jap dan masuk peti ais. Kubancuh air gula, letak dalam mangga yang sudah dipotong-potong, buh garam sikit dan kicap manis, pastu tumbuk kasar cili padi buh sekali, kemudian letak dalam peti ais. Sedap makan sejuk-sejuk..hmm.
|
potong dadu atau ikut suka... |
|
lihatlah bijinya..besar juga..ingat nak tanam belakang rumah..hehe |
Isinya memang banyak sebab buah mangga ni besar. Dapatlah berbagi-bagi dengan tuan empunya yang beri. Terima kasih Zahari, nanti balik kampung, sila bawak lagi...hehe..
|
dah siap letak air gula, garam, kicap dan cili padi...nyum-nyum |
|
dapat sebekas penuh..pasni boleh letak dalam peti ais untuk bagi sejuk ini jeruklah... |
2 ulasan:
Su, nak sikit... terliurnya akak....
ni mesti kak tanda yg ruangan ,nak menangis, hehe..kebetulan ada org bagi..sedap bila buat jeruk, simpan dlm peti ais..makan sejuk2..waalahhh..hehe..nanti nak cuba mangga lain pulok...
Catat Ulasan