Jumaat, 11 Mei 2012

sekali lagi..

Sekali lagi kupaparkan gambar terung pipit kegemaranku versi dah masak pulak. Hmmm, boleh disimpan lama dan jadi stok untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas.... nyum nyum. Mudah je nak buatnya, agak-agak ambil bawang merah, bawang putih sikit, bilis, belacan dan cili padi (cabai), kasi tumbuk atau kisar semua hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut hingga berbau, masukkan terung pipit, gaul mesra dan kemudian tuang air banyak sikit untuk bagi empuk. Bila air dah hampir kering, tambah sedikit lagi air, gaul mesra dan masukkan garam dan sedikit gula, biarkan sekejap lagi pastu baru boleh angkat. Selamat mencuba.
nyum nyum sedapnya....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...