Hati dah membuak-buak sebenarnya nak buat kek butter kukus. Bahan-bahan dah ada, resepi pun dah dapat dari seorang sahabat (terima kasih banyak kak Aida). Maka bermulalah projek malam semalam sementelah boleh dibawa ke majlis doa selamat mak bapak angkatku petang nih yang nak pi umrah Rabu nih. Dengan tekad dan Bismillah, maka bermula misi membuat kek nih (dengan harapan janganlah hangus mixer ku ini sebab kek ni memerlukan pukulan yang panjang - dahlah guna mixer jenama tutt). Macam biasalah ku lebih suka tunjuk gambar, resepi susah nak bagi kat sini, kalau nak, sila beritahuku yer. Inilah hasilnya, kubuat empat lapisan, adunan asal, warna hijau dan warna ungu.
|
bila dipotong baru nampak empat lapisan... |
Istimewanya kek ni sebab guna butter dan yang penting dikukus. Diulangi sekali lagi, dikukus!..hehe..Senang hidup. Satu lagi petua Chef (lari topik sikit), lebih guna serbuk esen vanila daripada guna cecair sebab yang serbuk lagi wangi. Ku semangat mencari serbuk esen vanila, terbeli serbuk vanilin plak (takpe kata Chef, boleh guna untuk buat kuih tat nanti). Nasib baik jumpa yang betul-betul serbuk vanila. Hmm.. memang betul, kek yang kubuat lebih wangi baunya dan menusuk hidungku serta memenuhi ruang tamu rumahku..cewah, lebih-lebih plak yer. Kita tengok cara yer.
|
antara bahan-bahannya..tepung, telur... |
|
butter dan gula dipukul hingga kombang setaman... |
|
adunan dibahagi tiga (warna asal tak nampak) |
|
lapisan pertama-adunan asal... |
|
lapisan kedua, warna ungu.. |
|
lapisan ketiga -warna hijau...dan keempat - adunan asal |
|
inilah hasilnya..kata kak Aida, kalau butter cukup, nak keluarkan dari loyang pun mudah (den lupa nak alas dengan kertas kek sebenarnya)...makan cicah dengan air kopi..hmm sodap nih... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan