Buah mangga nih pemberian dari seorang sahabat yang baru balik dari kampungnya di Negeri Sembilan. Memang besar buah mangga nih, kategori gergasi gamaknya..hehe. Alhamdulillah rezeki orang beri, ambik dan makanlah yer. Hingga setakat nih belum kupas lagi kulitnya (nak tunggu sehari dua nak bagi masak). Sahabat kata enak dimakan dengan cara buat jeruk. Potong mangga kecil-kecil, masukkan kicap, cili padi dan gula sikit..hamboi pasti sedap (dah kecur air liur nih). Petang ni baru berhajat nak memakannya.
beza dengan sudu..satu cekeding, satu gedabak..besar punya..hehe..macam sayang nak makan pulak... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan