Isnin, 28 Mei 2012

tuna pedas..

Terliur melihat resepi dari blog kak Mohaini (dari Fatin juga) tentang tauhu sumbat inti tuna. Nyum nyum.. Maka kubeli bahan-bahan yang diperlukan (lagi best sebab daun ketumbar pun ado - hakak suke). Tapi derhaka sikit nak buat tauhu inti tuna nih. Walaupun dah beli tauhu, dek kerana malas nak goreng atau nak keluarkan isinya, maka kutempek kat roti serat jelah. Hmm janji sodap - alhamdulillah. Berasap pedaslah juga porut ni ha sebab beli tuna yang dah ado cili, tambah lagi cili, mano tak pedaih eh...

nilah bahan-bahan yang diperlukan, setin tuna (belasah je apa yang ado), daun ketumbar, cili api dan tauhu hanya hiasan semata-mata sebab tak dan nak goreng, maka kuganti dengan kepingan roti serat...

hah...kisar jangan tak kisar, buh daun ketumbar banyak-banyak pun takpe..memang sodap...

hasil setelah dikisar...wah nampak best tuh!

timun takde, maka tomato jadi mangsa, nasib baik sodap (ku memang tak suka makan tomato sangat)...

pastu tepek ini tuna pedas berasap tuh..fuh layanss...memang sodap...terbaiklah resepi Fatin dan kak Mohaini..terima kasih..
 
ni baki roti dua minggu sudah (tahan sebab letak dalam peti ais) - janji boleh makan lagi..layanss


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...