Rabu, 17 Ogos 2016

Allah Sebaik-baik Perancang...

Assalamualaikum...

Hampir sejam eh dua jam menghadap laptop ini tanpa idea untuk menulis. Lirikan mata, sambil menaip sambil melihat rancangan Masterchef Australia. Hadoi! Tahap kemalasan apakah ini? Apakah tanda-tanda penuaan umur yang hampir mencecah usia 40-an. Mungkin juga. Mungkin faktor lain?

Tak banyak nak cerita. Hanya satu perkongsian pengalaman jer. Sebelum ini tidak pernah menangani kerja-kerja penerbitan. Dunia kerja sebelum ini menangani penyelidikan bahasa, kemudian pengembangan bahasa dan sastera dan terkini mempunyai tugas tambahan : menangani kerja-kerja penerbitan (menghantar bahan puisi dan cerpen setiap minggu dan minggu berikutnya ulasan dari penilai yang pakar kepada pihak suratkhabar). Nampak mudah je kan? Nak dapatkan momentum tugas, melihat senarai puisi dan cerpen serta nama penulis, melihat senarai puisi dan cerpen yang telah disiarkan dari awal tahun 2016, mengenal pasti penilai dan menghubungi untuk pemakluman penanggungan tugas sementara. Satu lagi tugasan, menyiapkan majalah Jendela Sarawak. Apa! Mujur tema/isu yang diangkat dan jadual kerja telah disiapkan oleh sahabatku, namun perlu diisi dengan mencari penulis, membuat surat pelantikan, pengeditan sehinggalah majalah diterbitkan. Maaflah sebab terpaksa bercerita perkara ini, nak kongsi pengalaman katanya. Ye dak? Pengsan jap. Haha.

Atas kepercayaan ketua, diberi tanggungjawab sementara untuk tugasan ini (menanggung tugas sahabat yang cuti bersalin). Agak berat juga rupanya tugasan ini. Kuatkan semangat Suhana! Pada satu tahap, satu hari menghadap tugasan ini dalam bilik je - hingga tak sempat menjenguk kengkawan kat sebelah. Kawan sebelah pulak menjenguk kita..haha. Mujur juga tugasan hakiki - tiga dah projek dapat disiapkan dan dua lagi menanti. Jadi, sebelum bercuti ke buat tugasan luar, silalah siapkan bahan dan hantar siap-siap ke pihak suratkhabar (bergantung pada pengulas..huhu. Ada yang perlu diingatkan dua tiga kali dan ada juga yang baru nak ingatkan, dah hantar awal-alhamdulillah). Fokus seterusnya sudah tentunya menyiapkan majalah Jendela Sarawak sebelum akhir November 2016! Ya Tuhanku, semoga hamba-Mu ini kuat menghadapi tugasan ini dengan bantuan sahabat-sahabat semua. Aamin.

Di sebalik penceritaan di atas ada perkara lain nak cakap sebenarnya. Tapi taklah serius sangat. Cuma nak cakap, Allah ialah Sebaik-baik Perancang. Setiap apa yang kita lakukan, kita hadapi dan kita fikir kadangkala tidak seperti yang kita harapkan. Mungkin baik di mata kita, belum tentu baik di mata Allah dan sebaliknya (Yang baik menurut kita, terkadang belum tentu baik dimata Allah). Kadang kita kecewa kenapa Allah tak makbulkan doa kita, tak tunaikan hajat kita, gagal mencapai apa yang kita harapkan. Jangan lupa ye sahabatku semua. Allah ialah Sebaik-baik Perancang. Ku amat percaya dan yakin akan kebenaran perkara ini sebab dah banyak berlaku dalam diri ini. Contoh yang mudah, rasa gelisah sebab lambat nak menghantar bahan ke pihak suratkhabar hari ini. Rupanya ada perkara lain yang Allah nak tolong kita. Penulis cerpen (walaupun berbeza tajuk dan cerita) yang hendak kuhantar ini telah disiarkan dalam ruangan lain (editor lain uruskan) semalam. Syukur Allah telah menolongku. Hati-hati ye Suhana. Jadiknya, sempat kutukar nama penulis dan tajuk cerpen yang lain. Alhamdulillah.

Satu lagi perkara nak kongsi, peringatan untuk diriku ini juga. Bersangka baiklah dengan semua orang sama ada perbuatan, sikap, pandangan dan sebagainya. Kerana perkara ini amat dituntut oleh Allah SWT. Pada sisi kehidupan kita, sudah tentunya terselit kebaikan dan keburukan yang kadang kita sedar mahupun tidak. Nak tahu tentang diri kita, lihatlah apa pandangan, nasihat dan teguran kawan baik kita - itu sebaiknya, ya dak? Takkan asyik nak leka dengan pujian orang je. Sekali-sekala perlu ada kritikan dan teguran jika apa yang kita lakukan agak tergelincir. Jangan fikir apa yang kita lakukan itu semua betul. Kadang kala ada silapnya juga dan jelik di mata orang lain. Sedarlah dan muhasabah diri kita. Tak rugi pun kan. Manusia sentiasa melakukan kesilapan dan sentiasa belajar. Pengalaman mendewasakan dan mentuakan kita kan. Hehe.

Jom sama-sama...

~ eratkan silaturrahim keluarga dan sahabat, jiran tetangga (murah rezeki)
~ perbanyakkan sedekah, belanja kawan pun ok (murah rezeki)
~ senyum sokmo dan bersihkan hati (Allah dan orang akan sayang)

Tambahan~~~
Cuma nak kongsi, kadang-kadang hairan, semakin tinggi pangkat seseorang, semakin tinggi ego mereka dan semakin sukar didekati (tak semualah). Apa yang lagi pelik, belum naik pangkat dah sombong dan 'bossy', apatah lagi kalau dah naik pangkat! Semakin lebih mengada-ngada..haha... (cuba letakkan diri sebagai orang bawahan, apa perasaan bila rasa tidak dihormati). Sebagai orang bawahan, rasa hormat kepada ketua akan lebih bernilai sekiranya ketua menerima pandangan, menghormati dan menghargai orang bawahan. Kita pun faham, seorang ketua wajar dihormati dan perlu meletakkan mereka sebagai ketua kita dan perlu ada jarak penghormatan. (Tak bestnya bila ada kaki ampu, pastu bos percaya bulat-bulat kata ampu! Selidik dulu ye bos dan jangan mudah jatuhkan hukuman! Kerana apa? Berat tanggungjawab seorang ketua ye, apabila salah menilai atau menghukum sesorang, berat nak jawab depan Allah nanti). Apa yang anda beri/buat, itu yang akan anda dapat. 


~~ kan dah terpanjang coretan..hihi..jangan marah ye.

Salam kasih sayang.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...