Dalam kemalasan, kugagahi jua menulis entri. Aduhai. Cun usai bulan Syawal 1437H semalam. Puasa dan Hari Raya tanpa catatan apa-apa. Nampak tak kat situ kemalasannya. Cerita ringkasnya, masa bulan puasa hari tuh, alhamdulillah sebab berazam nak solat terawih kat surau (walaupun surau jauh nun dekat perumahan polis), dapatlah juga tunaikan dengan dada yang lapang sebab selalunya kemalasan bertandang. Cuti hari raya pun dapat seminggu lebih. Pulang awal duk KL jap baru pulang Kuantan. Hari raya ketiga pula balik Batu Pahat, dapat jumpa adik-beradik dan berkumpul sehari dua sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Dan hari raya tahun ni memang sederhana keadaannya - hanya sempat buat dua biji kek lapis nutella (satu orang tempah, satu lagi buah tangan untuk keluarga). Jadiklah.
Usai hari raya, bertugas ke KL pulak sempena Festival Bahasa dan Sastera 2016 (sambil melihat Forum Pelajar wakil Sarawak). Balik ke KL pulak sempena SUKMA yang dah penghujung acara pada 30 Julai 2016. Sampai penuh kapal terbang sampai tak boleh tukar masa penerbangan, waima tempat duduk atau tarikh penerbangan. Makanya, dapat terbang 0530 dan encik suami pada 0715 (alhamdulillah dapat tarikh yang sama). Hikmah awal pagi terbang dapat dinaik taraf tiket ekonomi ke tiket penerbangan. Wah! Alhamdulillah merasa jadi 'orang besar' jap...syukur. Sila kontrol makan dengan adab susila ye Suhana. Haha...
~~ Sebelum ke KL tuh, encik suami jatuh motor kemalangan melanggar asu yang ke hulu ke hilir tetiba je. Nak tak nak memang kena langgarlah sebab ketidaktentuan hala dan tindakan binatang tersebut. Luka agak teruk, sakit tulang rusuk, kaki dan badan. Alhamdulilllah ada orang lain membantu mengalihkannya ke tepi jalan. Siap naik moto ke pejabat pastu baru telefon isteri cakap kemalangan, boleh? Minta kawan pejabatnya hantar balik ke rumah-baru kumenyusul balik dan menghantarnya ke klinik. Mujur tak serius luka yang dihadapinya. Tapi badan tetap sengal-sengal. Bertabahlah encik suami.
Balik rumah di KL baru ni pun berkebetulan ada jamuan hari raya jiran-jiran selorong taman. Alhamdulillah dapat sama meraikan sesama jiran tetangga yang dah macam keluarga sendiri. Mereka sibuk tanya bila pulak dapat balik semula ke KL. Hmm..susah nak jawab. Hehe...Hampir enam tahun berkelana ke bumi Sarawak. Anak-anak jiran pun dah masuk tingkatan-tak berasa sekejap je masa berlalu kans. Selain tuh dapatlah juga menghadiri kenduri kahwin anak jiran sebelah betul yag diadakan di MPOB Bangi. Rasa seronok sebab dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut, mudah-mudahan dapat menggembirakan hati jiran dengan komitmen dan kehadiran kita.
Balik kali nih juga dengan hati yang lapang, menempek muka di jamuan raya Penyelidikan Bahasa di DBP, KL (terima kasih kak Monie, Kak Suzanti, Kak Wan Sikin, Suhaida dll) berziarah rumah sahabatku di Senawang (nama je dekat tapi sukar nak berjumpa dek komitmen lain), rumah sepupu di Puncak Alam nun, kemudian ke rumah kawan di Semenyih, kemudian rumah kawan di sebelah taman jer. Esoknya pula ke rumah sepupu di Kajang dll bagi memenuhi undangan makan raya (ada jugak yang aku nyatakan nak datang ke rumah mereka..haha-kira paksa rela kot) dan rumah kawan di sebelah taman jugak. Apa pun dapat mengeratkan silaturahim dan gempira dapat berjumpa rakan dan taulan (paksa rela abang ikut sebab aku yang memandu-almaklum encik suami kurang berdaya memandu akibat baru mengalami kemalangan). Terima kasih suamiku!
Sebelum balik Kuching pulak, adik bujangku sorang ni pulak ditimpa ujian pada 3 Ogos 2016, pukul 10.00 pagi. Masa kejadian di rumah ku je. Selepas mandi dan nak sarung seluar sambil berdiri dan tunduk, mengalami kesakitan tulang belakang dan tak boleh bergerak, duduk mahupun berdiri. Aku memintanya berbaring dan bertenang. Siap aku mintanya bertahan dan aku keluar sarapan dan beli sarapan untuk dia. Balik ke rumah, masih dalam keadaan yang sama. Adik masih bertahan, tak sakit bahagian mana kecuali belakang pinggulnya dan tak boleh banyak bergerak. Kali kedua meninggalkannya sebab ada urusan di UPM dan DBP jap. Singgah ke as-Syifah, mereka tak dapat membantu sebab pesakit ada di rumah, ada van ambulans pun tak dapat digunakan untuk membawa adik sebab van tersebut hanya ada kerusi roda orang sakit jer.
Maka kami suami isteri mengambil keputusan untuk balik je ke rumah dan menghubungi 999 untuk bantuan ambulans. Dalam masa 15 minit, ambulans dari Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra datang membantu bawa adikku ke Jabatan Kecemasan di Hospital Serdang. Usai berkemas barangnya, kami berdua menyusul ke hospital dan berharap sempat menguruskan adik sebab perlu pulang dan ke epot untuk balik ke Kuching pada pukul 9 malam. Allah je yag tahu, kerisauan hati seorang kakak dengan kejadian yang menimpa adik. Pukul 5.45 petang terpaksa meninggalkan adik dengan pemantauan Dr dan meminta tolong sepupu terdekat untuk melihat perkembangan adik (abah dan adik/adik ipar belum sampai dari kampung). Syukur ada sedara terdekat dapat melihat adik. Dengan hati yang berat terpaksa tinggalkan adik dan balik ke Kuching.
Doa dan harapan diserahkan hanya pada Yang Maha Esa, semoga tidak ada perkara yang serius pada adik. Syukur pada sebelah malamnya juga abah dan adik dan suaminya terus ke hospital memantau perkembangan adik. Hinggalah petang semalam, syukur pada Allah SWT yang mengabulkan doa-doa kami dan sahabat semua. Adik dibenarkan pulang dan diberi rehat seminggu. Abah mengambil keputusan membawanya pulang ke kampung terus. Berehat dan doa yang baik-baik ye dik, makan ubat jugak. Pada saat genting itulah, keluarga terdekat penting untuk membantu kita dalam keadaan kecemasan. Peranan jiran juga dapat membantu. Ada hikmahnya dengan setiap perkara yang berlaku. Allah sebaik-baik Perancang.
~~Fikir yang baik-baik, sangka yang baik-baik, doa yang baik-baik, Insya-Allah, Allah SWT akan beri kebaikan pada diri kita.
~~ Sampai jumpa lagi di entri yang lain (penyambung telefon masih bermasalah dan tak dapat keluarkan gambar dalam handphone).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan