Kejadian ni berlaku semasa kami ada di rumah KL - hari kami nak pulang ke Kuching. Adik lakiku sorang ni kalau off kerja, memang akan datang ke rumahku dua tiga hari - lepak, tido, basuh baju dan sebagainya setiap minggu. Kira-kira pukul 9 pagi lebih, adik bersiap lepas mandi, semasa nak menyarung seluarnya, tetiba dia mengadu sakit belakang dekat pinggulnya. Dan tak dapat bergerak. Kami menyuruhnya berbaring. Cuba ambil masa untuk dia bertenang dan cuba duduk. Memang tak dapat dan sedikit sakit.
Kami mengambil keputusan nak bagi dia bertenang, kami keluar cari sarapan. Makan jap pastu bungkus untuk adik dan pos barang penting (pada asalnya nak minta adik bawa bungkusan yang agak berat tuh- akhinya ku sendiri yang angkat sebab encik suami pun baru kemalangan, tak boleh angkat barang berat). Kemudian baru adik makan. Masih lagi dia tak dapat membengkokkan badannya apatah lagi duduk. Terpaksalah dia makan sambil berbaring. Adik hanya boleh golek-golekkan badannya sikit je. Nak kata sakit taklah sangat, cuma tak dapat bergerak.
Sementara nak tunggu dia dapat bergerak (berharap dalam hati), kami minta izin keluar sekali lagi ke KL untuk urusan kerja sikit (sambil check in awal di KL Sentral). Menghala balik rumah, kami singgah ke pusat terapi Darus Sifah sekiranya ada perkhidmatan bawa ustaz ke rumah (malangnya tiada, ada van pun, tapi takde stracher). Kami tawakkal jer, balik rumah, encik suami terus telefon 999 (adik masih dalam keadaan yang sama) untuk meminta bantuan kecemasan.
Akhirnya, ambulans dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Puitra yang datang ke rumah berdasarkan maklumat dari pusat 999 dan mereka mengarahkan ambulans terdekat untuk membantu kami. Mujurlah waktu orang sedang kerja, jadiknya urusan mengangkat dan mengalihkan adik ke ambulans, mudah dan lancar. Aku dah siapkan barang-barang keperluan adik nak ke hospital Serdang dan minta dia solat Zuhur dulu dalam keadaan baring. Pada waktu inilah, rasa sedih datang dengan ujian yang menimpa adikku. Dahlah mak abah jauh kat kampung. Allah datangkan ujian pada saat kami ada, dapatlah kami membantu sedikit. Terus telefon abah dan adik ipar untuk minta mereka datang menggantikan kami nanti yang akan balik ke Kuching (penerbangan kami 9 malam dan uruskan adik ke hospital pada pukul 2 lbh).
Pada masa yang sama, kami ada menyewa kereta. Kalau adik dapat duduk, dah lama kami hantar dia ke hospital. Namun, ambulans juga yang membawa adik. Kami menyusul kemudian. Sementara aku mencari parking, encik suami terus ke Jabatan Kecemasan menemani adik. Mujurlah tiada simptom lain yang menyerang adik. Dia diberi suntikan penenang dan masih belum dapat menggerakkan atau membengkokkan badannya. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan parking, terus aku mencari adik, Risau juga masa yang ada. Kami turut menelefon sepupu meminta bantuannya sementara menunggu abah sampai. Terima kasihlah sepupu (Emy) sebab datang tolong kami.
Kami terpaksa pulang sebab jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Dahlah jem nanti sebab waktu puncak pekerja balik. Dengan rasa berat, kami meninggalkan adik dalam Jabatan Kecemasan lagi dan sempat berjumpa sepupu untuk meminta bantuannya. Tepat kami sampai 6 petang, hanya sempat menukar pakaian dan berkemas sedikit, teksi dah sampai depan rumah. Terpaksa bertolak awal untuk elak kelewatan. Dengan rasa berat, kami meninggalkan adik (sebelah malam baru dapat di-x-ray) dan masuk wad. Doa kami sentiasa mengiringi adikku.
Alhamdulillah, abah, adik perempuanku dan suaminya dapat menjenguk adik pukul 11 lebih malam. Syukur dan lega kami rasa. Adik dapat duduk selepas di-x-ray dan abah melayannya makan. Mereka terpaksa bermalam di rumahku. Keesokannya baru dapat melawat semula adik (kesian juga mereka kepenatan datang dari kampung). Keesokan petang nak dekat maghrib baru adik dapat keluar wad dan abah terus memabawanya ke kampung, berehat seminggu (dapat cuti sakit).
Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT. Adikku tidak mengalami penyakit yang serius. Hanya diuji sedikit sahaja. Pada awalnya, Dr mengatakan yang tulang rawannya ke apa terkena saraf/tulang belakang, tu yang agak terganggu sedikit. Selepas kejadian tuh, adik hanya perlu menghadiri temu janji fisioterapu sekali dua dan tidak ada yang serius berlaku pada badannya - syukur. Ujian yang diberi ini adlaah sebagai tanda Allah kasihkan kita. Semoga kita tabah dan sabar menghadapinya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
kali pertama menghadapi situasi ini |
masa nih dah kena suntik, namun masih belum dapat bergerak/duduk |
menunggu untuk di-x-ray dan masuk wad |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan