Catatan sempena hari lahirku
~~ Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah Selamatkan Siti Suhana Mohd Amir, Alalh selamatkan kamu! Aamin...Aamin. Syukur pada Allah mengurniakan kesihatan dan umur pada tahun ini. Dah nak mencecah masuk 40 siri Suhana oii.
~~ Di sebalik ujian, Allah turunkan kegembiraan buatku. Terima kasih suamiku, keluarga dan sahabat -sahabat baikku. Aku tidak minta dihargai atau sambutan hari lahir bagai sebab sudah biasa dengan kesederhanaan. Namun, Allah Maha Besar dan Maha Penyayang, menurunkan sahabat-sahabat yang sangat hebat.
~~ Pada saat aku tak dapat pergi mengiringi peserta sahibba dan puisi, sahabat-sahabatku meraikan hari lahirku. Mereka mengajak makan seafood ke Telaga Air (takde niat nak sambut hari lahir pun, sekadar pergi makan jer). Takpe aku bayar kali ini untuk belanja mereka. Agaknya mereka serba salah sebab aku yang bayar makanan mereka, diajaknya aku ke Giant pulak. macam dapat hidu je tindakan mereka ke SR - beli kek (aku buat tak tahu jer..haha).
~~ Sampai pejabat, mereka pakat ramai-ramai nak raikan aku. Alamak jadi nebes plak- tak biasa diraikan sebegitu. Walaupun hanya dengan sebiji kek, sangat-sangat menghargai kasih-sayang dan ingatan mereka buatku. Terima kasih Allah. Bersangka baiklah dengan apa yang berlaku dalam diri kita. Allah Sebaik-baik Perancang.
|
Edith..saling memahami..tengkiu pren |
|
terima kasih semua.. |
|
anda semua terbaik... |
|
terima kasih kakak-kakak tersayang..mmuah |
|
ada rezeki, kita makan sama-sama lagi ok...hehe |
~~ Coretan buat encik suami tercinta. Dah masuk dua belas tahun pernikahan kita. Kau adalah suami yang terbaik dan memahami. Tidak mengharapkan hadiah, hanya ucapan dan kasih-sayang yang diberi sudah cukup buat diri ini. Malu sebenarnya sebab jarang dapat memberi hadiah untuk encik suami di hari lahirnya. Jadinya tak mengharapkan sangat hadiah bagai daripada encik suami.
~~ Apa pun, jutaan terima kasih kepada encik suami yang banyak berkorban buat diri ini. Banyak juga penghargaan yang diberi buat diriku sempena hari lahirku. Hadiah jam tangan. Belanja makan lagi di SR-alhamdulillah sedap.
|
so sweet...i loike... |
~~ Beli sepotong kek red velvet nak makan sama-sama. So sweet! Haha..sila jangan menyampah ye. Kang beli banyak, sapa nak makan pulak. Nak harapkan aku buat..mood ke laut sahaja...
|
muka serius je ye bang! |
|
masa makan di SR, ada juga yang meraikan hari lahir pada tarikh yang sama denganku..tumpang feel sikit-sikit jer..hehe siap ada belon bagai, bede girl pakai selempang bertulis bede girl dan tiup lilin kat kek yang tinggi..hehe |
|
saja ambil gamba ni sebab nak ambik tarikhnya jer...hehe |
Nota: Ya Allah...nak menghabiskan menulis entri ni punyalah lama ek, Rasa macam mudah, bila dah mencoret kadang boleh jadi blur kadang boleh jadi lancar. Syukur dah selesai buat masa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan