Yeayy Alhamdulillah gambo dah dapat muat naik. Kita letak gambo dulu ye. Cite kemudian. Hari Raya Aidilfitri di Pahang 2016. Alhamdulillah raya tahun ni dapat berkumpul semua adik-beradik encik suami - 3 orang. Tapi sedihnya arwah mak mertua dah dua tahun takde. Kami kuatkan semangat untuk beraya juga dan menggembirakan abah. Kami sampai awal, kemudian abang ipar sekeluarga sampai. Adik sekeluarga pulak, malam raya baru sampai sebab ambik cuti selepas raya. Dari Kuala Kangsar petang, sampai kampung lewat malam. Syukur selamat sampai kampung.
Bila arwah dah takde nih, hidangan hari raya kami pun simple je, Masak yang mudah-mudah je. Nasi himpit segera. rendang ayam dan daging serta sambal kuah kacang. Beli ketupat palas (wajib) dan tapai pulut bungkus dalam daun pokok getah. Kuih raya pun tak banyak, hanya harapkan adik beli sebab tak nak membazir jika tak habis makan, tinggal di kampung, abah pun tak nak makan, makanya terbiar sepi. Hmm..
Ok. Takmo sedih-sedih. Kita gembirakan hati orang tua (abah) dan keluarga lebih penting sekarang. Sedapat mungkin, encik suami dan aku berusaha untuk kerap balik kampung 'ngabas' (jenguk) abah yang duk sorang je di kampung. Insya-Allah. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan yang baik buat abah dan mudah bagi kami untuk balik kampung. Almaklumlah, perlu naik kapal terbang ke KLIA, pastu balik rumah di BM, sewa keta dan barulah balik ke Pahang. Walaupun masa terhad, kami berusaha juga balik jenguk abah.
Jom layan gambo raya. Gambo bawah, gambo penuh satu keluarga Wan Mansor dan Salmah (arwah).
~~ Keluarga abang sulung Zaida dan Gee (duk KL). Empat orang cahaya mata (2 lelaki, 2 perempuan). Yang sulung kakak Izati nak habis belajar di Kolej Vokasional.
~~ Keluarga adik Halawati dan Fauzi. Tiga orang cahaya mata (2 lelaki 1 perempuan) duk Kuala Kangso.
~~ Tak lain tak bukan..keluarga Saophy dan Suhana yang masih berdua...Alhamdulillah. Allah sebaik-baik Perancang.
~~ Kami bertiga - Adik - kak Gee - Suhana. Tak pernah lagi gambar bertiga macam nih..hehe.
~~ Cucu-cucu Tok Abah dan Che Wan (arwah)
~~ Cukup untuk kali ini. Kami sentiasa doakan abah sihat selalu, kuat semangatnya dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tak diingini. Selagi hayat dikandung badan, kami berusaha untuk menggembirakan hati abah dan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan