Buah terap ni ada banyak ditanam atau tumbuh sendiri kat Sabah. Bentuk buah ni seakan buah sukun dan rasanya seakan buah cempedak-manis. Kalau di Sabah, buah tarap ni besar-besar isinya berbanding di Kuching-kiut je buahnya dan tak banyak isi-rege pun mahal. Jadilah dari takde. Kalau di Sabah, murah je buah ni, sebiji kadang hanya RM1 jer (sekarang tengah musim). Namun di Kuching, regenya paling koman pun RM3 untuk buah kecik. Buah yang besar boleh mencecah rege RM8-RM10 sebiji... hmmm.
sempat menghabiskan separuh buah nih-kecik je isinya-manis |
separuh lagi encik suami dan makan petang tadi..... |
Buah ni banyak tumbuh di Borneo termasuk Kalimantan dan lain-lain (kira spesis buah nadir). Buah ni boleh diperam. Bila dah masak, kuat baunya-satu rumah berbau- serius memang kuat baunya. Sebab itulah ada larangan membawa buah ni ke dalam hotel (terutamanya di Sabah)- macam buah durian pulak yer. Bapak dan mak angkat memang tahu yang encik suami suka makan. Kalau ada jumpa jer, mereka terus beli dan bagi kat kami - terharunya rasa. Terima kasih mak apak.
2 ulasan:
macam buah nagka kan...
betul2..lebih pd cempedak..tapi isinya memang kecik. KAlau di Sabah besar mcm cempedak. Kira buah nadir yg ada di Borneo...memang manis jugak...
Catat Ulasan