Selasa, 10 Mei 2016

Datuk Bandar Muslim Pertama

Sekali-sekala menulis perkara yang agak formal dan membolehkan kita berfikir lebih jauh. Berkebetulan dapat menjengah akhbar hari ini (isu hari Ahad baru nih) yang bertajuk "Datuk Bandar Muslim - London Terima Datuk Bandar Islam Pertama" - Sadiq Khan berusia 45 tahun dan menang atas tiket Parti Buruh. Anak kepada pemandu Bas di Pakistan dan pernah menjadi peguam hak asasi di London.

~~ Sejujurnya baca kali pertama dan membuat tanggapan berkaitan berita tersebut, agak bangga dengan pencapaian beliau. Sudah semestinya berita di akhbar akan bercerita perkara yang baik-baik. Boleh baca pencapaian beliau dalam berita di bawah.
 



~~ Berkebetulan juga ada mendengar radio IKIM yang mengutarakan persoalan "Wajarkah meraikan kegembiraan atas berita tersebut? (meraikan Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar Kota London)" pada hari ini. Melalui pembicaraan Slot Islam dan Perundangan bersama Cik Wan Roslili Abdul Majid (Felo Undang-undang dan Politik IKIM) yang bertajuk "Perkahwinan Sejenis : Benarkah Ia Suatu Hak? ... baca sampai habis k.
 
~~ Berbalik pada persoalan yang diutarakan, menurut Cik Wan Roslili lagi, dalam sejarah dunia sebelum ini, sudah ramai pemimpin Muslim lain pernah menjadi pemimpin pada zaman mereka seperti Ahmad Abu Talib. Antara perkara lain yang PERLU diberi perhatian ialah berkaitan pemilihan Sadiq Khan. Sebenarnya bergantung kepada penilaian masing-masing. Sadiq Khan rupanya agak lantang menyokong dan menyatakan pendirian tentang perkahwinan sejenis (PS) dan hampir untuk setiap keadaan menyokong kesamarataan. Masya-Allah. (cerita berkaitan PS seterusnya tidak sempat dicatat, hanya nak kaitkan dengan pelantikan dan pendirian Sadiq Khan tentang PS sahaja).
 
~~ Misalnya pada tahun 2007 dan dan 2013 mengundi untuk menggalakkan pasangan sesama sejenis dan dibenarkan berkahwin. Tahun 2014 mengundi untuk membenarkan mahkamah menguruskan penceraian PS, dan tahun 2015 mengundi untuk memberikan hak kepada pegawai bersenjata untuk mengamalkan perkahwinan PS.
 
~~ Nah, lihatlah bagaimana pendirian dan fikiran kita dalam berfikir tentang pelantikan Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar Muslim pertama. Ternyata ada agenda dan sumbangan beliau selama ini (yang tidak masuk akal berkaitan PS) yang membolehkan beliau dilantik sebagai Datuk Bandar. Nauzubillah. Di sebalik nama Muslim telah mencacatkan imej sebagai Muslim yang dibawanya. Memang tidak wajar kita banggakan, mungkin dari sisi lain kita patut banggakan (jika ada). Justeru, renung-renungkanlah. Semoga Allah SWT memelihara bumi London yang sebahagiannya dihuni oleh Muslim dari pelbagai negara.
 
~~ Info : Disember 2000, Belanda negara pertama yang membenarkan perkahwinan sejenis (melalui undian3 sokong dan 1 menolak) hingga menjadi satu rang undang-undang yang penting yang mencatatkan Sejarah Kelulusan Pertama berkaitan kebenaran PS.
 
~~ Harap tak boring dengan entri yang ini ek. Jadikan pengajaran buat kita semua bahawa Islam sekali-kali TIDAK membenarkan perkara ini daripada berlaku atau terlaksana.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...