Selasa, 3 Mei 2016

JJCM

--- Asyik cerita jumpa sahabat lama je kans. Meh kita cuci mato gambo makanan pulak.

Selama mana hidup berumah tangga nih, susah nak carik tempat makan eksklusif nih. Haha..bunyi macam poyo jer. Tetapi itulah hakikatnya. Asyik tertangguh je nak makan kat MK Classico Caffe nih (dari minggu lepas je pung). Bunyi macam ngeri je kans bila sebut nama kafe..haha. Ngeri dan gigil bila nak bayo!. Konsep tempat makan versi lama, memang klasik. Yang penting makanan perlu halal dan toyyibah, sedap dan layanan mereka perlu tip top, pantas dan hebat (woww!!). Harga belakang kira (makan berdua bolehlah cakap..haha). Kafe dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Meh layan kawasan kafe nih.

 
Dah puas tengok dalaman kafe (luar tak sempat ambik gambo), meh layan menu yang kami order. Kafe nih apa pun lebih kepada konsep hidangan makanan barat. Masuk je kedai, terus beratur. Pastu pilih menu yang kita nak, lihat menu yang ditulis kat atas kepala tukang ambik order merangkap juruwang..hehe.
lai..lai..lai...order...
Mereka akan kira dan nyatakan jumlah yang perlu kita bayar dan kita diberi nombor meja (boleh makan di bawah atau di tingkat atas). Order yang dicatat akan mengalir secara talian terus ke dapur mereka dan proses menghasilkan hidangan akan terus berlangsung (ayat takmo kalah..haha). Sebab apa ayat bombastik? Kerana bila ditanya berapa lama hidangan boleh siap? 10 minit katanya. Dah tentu kita konpidenlah kans, boleh ngap cepat dan tak perlu tunggu lama. Tetapi memang betul, tidak lebih 10 minit makanan yang dipesan dah sampai (kami duduk di tingkat atas).
 
--- Kita layan dua gambo lama dan klasik. Sebelah kiri gambo bangunan lama, sebelah kanan pulak, beg-beg lama..memang klasik.
 
 
Orang nak tengok gambo makanan daa, tak perlu membebel panjang. Jom cuci mato samo-samo. Aku order Grill Lamb Leg dan minum Green Tea Latte panas (terbaik) dan encik suami makan Grill Lamb Burger (aksesori tepinya terbaik) dan minum Cappucino panas (tak manis sangat..dap). Minuman tak jadi panas dah walaupun akhir dihantar sebab tempat berekon (cepat je menyejuk)...haha. Lepas ni kita cuba makan pasta memasta pulak ek..hehe (bila tuh? hehe..).
 

 
Kesimpulannya, mak jemah bagi 9 bintang daripada 10 bintang (tak termasuk tahi bintang ok..haha). Encik suami kata sedap, oklah kans. Siap pesan lagi, sekali-sekala makan bolehlah, nangis nak bayar (haha..yang ni aku pepandai tulis..ampun bang! Haha). Kira berbaloi-baloi makanlah, harga berpatutan (makan dua orang tak sampai RM70), tempat eksklusif, makanan sedap, layanan cepat dan pantas. Amat digalakkan pergi makan. Terbaik. Kipidap..
 

tuan rumah blog nak menepek jugak
Nota : cite pasal makan cepat je ko tulis ek Suhana..Haha. (iyelah, nak cite pasal sahabat, mestilah ambik masa kans). Jangan pening dengan gambo yang banyak ek, sebab benda yang sama, cuma pusing-pusing bagi sama...hehe.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...