Isnin, 16 Mei 2016

Gunung Irau, CH

Terlihat rancangan eksplorasi di TV2 baru nih. Sempat merakan keindahan ciptaan Allah SWT. Gunung Irau di Cameron Highland (gunung kesembilan tertinggi di Malaysia). Selalunya, asyik pergi tengok ladang teh jer, carik strawberi dan sebagainya. Tapi nak mendaki gunung ni perlukan kebenaran dan lain-lain. Nak naik pun satu hal, kadang kena bermalam sebab mengambil masa 2-3 jam untuk naik ke atas dan 3 - 4 jam untuk turun. Cukup 1 hari untuk mendaki dan turun gunung ataupun boleh bermalam di atas (Mini Irau) dengan keizinan pihak berwajib/renjer hutan. 
 
Ok kita sambung cerita sikit. Berdasarkan maklumat dari blog orang lain (iyelah tak dapat naik kan..hehe) kita kongsi maklumat berkenaan Gunung Irau - puncak tertinggi di Cameron Hihgland dan ke-9 tertinggi di Semenanjung dan ke-15 tertinggi di Malaysia. Istimewanya gunung ini kerana terkenal dengan hutan lumut seakan-akan Fangom Forest dalam cerita Lord of The Ring (mistik). Salah satu babak dalam Filem Puteri Gunung Ledang pernah diadakan di sini. Antara maklumat lain seperti yang berikut :
 
Ketinggian : 2110 meter (6924 kaki)
Suhu : 16-20 Darjah Celcius
Tempat : Sempadan Negeri Perak/Pahang (Banjaran Titiwangsa)
Lokasi : Brincang, Cameron Highland (tempat mula mendaki)
Tahap : Medium
Trek : Tanah gambut, Batu dan Akar Kayu

banyak jenis bunga dan periuk kera dijumpai di Gunung Irau



suasana mistik menyelubungi hutan...



Mini Irau atau Anak Irau atau Puncak Irau Palsu sebagai kawasan hentian dan lapang.
Boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa dan boleh bermalam di sini (camp site).
Dari Anak Irau ke Puncak Irau sebenar mengambil masa 45 minit.

Kapsyen Selamat Datang Ke Gunung Irau tu kiranya dah sampai puncaklah
dan dapat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah SWT.


.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...