~~ Jom layan sambungan gambo makan kali kedua di MK Classico Caffe (Kadang sampai tak tahu nak makan mana tempat yang best..akhirnya ke sini jugaklah). Kali ni encik suami makan hidangan yang macam aku makan hari tuh dan aku pulak makan hidangan yang pernah beliau makan. Tapi makan tetap kongsi sama-sama..hehe
~~ Harga pun tetap sama cuma meja makan je pilih yang lain. Jenuhlah tunggu nak tunggu premis mereka buka, katanya mula 5.00 petang. Hampir sejam tunggu, cun pukul 6.00 petang baru buka dan tentunya orang pertama yang order..huhu (nak makan kena fikir jugak sebab nak kejar solat maghrib ye dak - kalau dah lambat...susah). Tapi pelanggan tetap ramai. Jagalah kualiti masa ye..
~~ Hari tuh tak sempat ambil gambar bahagian pintu masuk. Nah kali ni ku masukkan..hehe..Dan memnag banyak baang-barang nostalgia yang diletakkan sebagai hiasan kedai dan menggamit memori kita. Siap pelayan cakap, ambillah gambar dulu sementara menanti cashier sampai..gituh...hehe.
pintu masuk... |
hiasan di tingkat atas..mesin jahit pun hado... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan