Selasa, 10 Mei 2016

Nahas Helikopter AS350

Kiranya dah kali ke berapa nahas serupa ini berlaku di sekitar kawasan Sebuyau - Sungai Batang Lupar (kali kedua katanya). Nahas helikopter AS350 yang telah berlaku pada 5 Mei 2016 (4.32 petang terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam) ini telah mengorbankan enam nyawa. Berdasarkan maklumat dari akhbar - temubual daripada penduduk rumah panjang di sekitar kawasan kejadian, cuaca pada masa itu tidak mengizinkan dan hujan lebat. Ada ternampak kilat menyambar helikopter tersebut dan berlaku ketidaktentuan pada helikopter tersebut lalu senyap. Ramalan kaji cuaca juga ada membuat pemakluman bahawa cuaca pada masa itu tidak mengizinkan.
 
~~ Misi menyelamat dan mencari mangsa juga turut dibantu dengan teknologi dron.
 
~~ Dari Allah SWT mereka datang, kepada Allah SWT jua mereka kembali. Paling terkesan pasangan suami isteri, Datuk Noriah Kasnon (jenazah pertama ditemukan) dan suaminya Asmuni Abdullah (mayat keempat ditemukan) yang dikatakan mahu mati bersama-sama (Allah SWT sebaik-baik Perancang). Salam takziah buat keluarga mereka semua. Di sebalik cerita dan peristiwa pilihanraya di Sarawak, keluarga mereka diuji dengan kehilangan mereka. Innalillah wainna ilahi rajiun.


 
~~ Turut dikongsikan cerita berkaitan kejadian nahas helikopter/pesawat yang melibatkan orang-orang kenamaan sebelum ini.

 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...