Isnin, 9 Mei 2016

Durian B dan Akar P

Dah lama tak beli buah Durian Belanda (DB) nih. Selalunya nampak buah DB yang dijual tuh, kecik-kecik je saiznya. Nah, kali ni dapat beli saiz besar, berat hampir dua kilogram. Harga memang murah, RM8 je sebiji, harga dekat Pasar Duyoh (sebelum sampai ke Serikin). Kalau kat Malaya, konpem belas-belas atau puluh regenya. Tak sampai dua hari, bila dipegang-pegang kulitnya kok dah masak. Nak kena cepat belah-belah dan asingkan isinya dalam banyak bekas. Satu untuk kak yam, satu untuk Fiza, dan dua bekas untuk kami (satu letak freezer satu letak chiller). Rasa masam-masam manis..hmm dap. Hehe...
cantik je kulitnya...licin mulus, berkilat..isinya pun alhamdulillah..ok
saiz buah besar..bandingkan dengan syiling 20 sen tuh...
 ~~ Satu lagi benda menarik nak tunjuk ialah Teh Akar Petai Tradisional (nama sejenis buah/pokok lain kot sebab takde bentuk rupa petai, rupa buah macam buah kopi plak). Hmm menarik! Tapi takdelah nak cuba beli, ambil gambo je. Mana tahu, nak cuba minum nanti.
 

tu diaa...!! Ada berani??


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...