Selasa, 3 Mei 2016

Jumpa sahabat lama...

~~ Terima kasih kak Yah (Wan Rugayah) sebab sudi jumpa saya. Memang tidak dirancang pun nak jumpa. Sekadar berjawab di FB-kemudian mesej nak jumpa, syukur alhamdulillah, Allah izinkan pertemuan kami walaupun singkat. Dah berapa lama tak jumpa, hampir 15 tahun terpisah. Kenal dengan kak Yah semasa duduk sama dalam asrama/Kolej Ibrahim Yaakub, UKM Bangi. Ku juga pernah bertandang di kampungnya di Pulai Chondong, Kelantan.

~~ Jumpa kat mana? Kat pasar tani depan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 (tempat peberet wajib pergi). Ok set kata kak Yah, tak pernah kat tempat ni katanya. Bolehlah jalan-jalan sambil jumpa kami. 

~~ Maaf tau kak Yah, tak dapat jumpa lama sebab nak pergi kenduri kahwin adik jiran di Meru dan kawan lama di PKNS, Kelana Jaya. Katanya lagi, aku tak berubah fizikal dan rupa..hehe. Syukur kak Yah dah ada cahaya mata empat orang-seronok jumpa anak-anak kak Yah. Panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi ok kak yah (Kak Yah duk Sungai Merab, Kajang jer).

~~ Sebelum jumpa kak Yah sempat gak jumpa Encik Karim DBP dan isterinya kak Linda, saja berjanji jumpa sebab dah lama tak ketemu. Sempat bersarapan sama dan borak.

~~ Pesanan penaja : Jangan muntah sebab gambar berulang-ulang tetapi guna teknik ultraman...haha




siap-siap pakai baju kenduri..hehe...

gambar lukis..hehe (sangattt)
anak perempuan kak yah, suaminya yang pegang...


Sambil jumpa kawan, sambil cuci-cuci mato. Tak banyak membeli sebab takde benda nak beli..hehe..

yang bulat-bulat tu nise (gula merah/apung)
encik suami hanya beli satu set durian tembaga, satu set durian king
(jadiklah, dap, dap)

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...