~~ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung dari 27 April hingga 9 Mei 2016 di MAEPS Serdang telah menutup tirainya semalam. Ku berpeluang untuk hadir pada 30 April 2016 (Sabtu). Tempat berlangsungnya PBAKL pada kali ini telah berubah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada kami, lebih mudah berkunjung ke MAEPS Serdang berbanding PWTC. Cuma bermasalah pada sesiapa yang tidak berkenderaan sendiri untuk ke sana. Jika di PWTC, lebih mudah dengan rangkaian pengangkutan LRT/Rapid KL.
~~ Selesai je PBAKL, suda pastinya ada sahaja komen dari orang ramai malah turut diperkatakan di dada-dada akhbar tempatan. Jujur katakan bahawa usaha pihak pengelola PBAKL patut dipuji atas kesungguhan mereka dalam mengendalikan PBAKL pada tahun ini. Jika nak bercakap perkara yang tidak baik, sampai sudah takkan habis. Usaha pihak organisasi juga (DBP) sangat berbaloi. Tahniah buat pihak Pengurusan Tertinggi dan juga staf DBP yang telah mempamerkan komitmen yang tinggi. Apa pun, segala kritikan kita jadikan sempadan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
antara keratan akhbar yang sempat kurakam.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan