Khamis, 10 Mac 2016

Majlis Nikah dan Sanding

Kita sambung lagi ek Kak Monie..iboh jerak kata urang Sarawak (jangan serik/menyesal) sebab menyeru namaku..haha. Roh kerajinan sedang berlegar-legar di sekelilingku. Mari kita teruskan menulis entri tanpa ada penyesalan.

menunggu Pak Iman sampai...
pengantin lelaki pun dah sampai waktu nih...

peterana yang simple...tapi cantik...

Alhamdulillah, pada 19 Februari 2016 (Jumaat) termeterai ikatan sah suami isteri sepupu kepada encik suami (Ajleaa Talib dan Idwan Shah) di Muazam. Mak Su adik kepada arwah mak mertua. Kami sebagai wakil kepada arwah mak mertua rasa bertanggungjawab untuk hadir dan membantu serba sedikit majlis nikah mahupun sanding. Abah mertua pun berhalangan untuk menghadiri majlis tersebut, kami rasa berbesar hati untuk hadir (dapatlah cuti panjang kans).

saat menunggu-selepas disolek...
sudah duduk di peterana...masih berdebar-debar rasa
saat untuk dinikahkan oleh ayahnya sendiri..
Kiranya Ajleaa (panggilan manja - Ayong) anak sulung tetapi kali kedua bagi Pak Su dan Mak Su mengadakan majlis anak mereka. Kali pertama mengadakan majlis tiga tahun sudah (anak ketiga) dan dah dapat dua cucu - Alhamdulillah. Encik suami pun dapat jadik saksi (satu penghormatan buat kami- syukur).
sebelum nikah...

khusyuk orang tu duduk sebelah belakang pengantin lelaki..hehe
jangan fikir macam-macam Suhana..haha
selesai nikah..alhamdulillah syukur
Setelah menolong apa yang patut pada majlis nikah (di rumah), kami bermalam di inap desa yang disediakan. Keesokan hari barulah majlis bersanding. Nampak simple tetapi meriah. Alhamdulillah. Kami doakan yang baik-baik buat pasangan pengantin dan semua ahli keluarga. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT..Aamin.
Keluarga besar Pak Su dan Mak Su. Dah ada dua orang cucu (sepasang)..
Yang berdiri tengah tu kembar (yang adik dah nikah dulu)
Majlis Sanding-Pasangan mempelai pakai baju warna biru...

cucu sulung..hensem..



Selamat pengantin baharu Ayong dan Idwan!
ambik gambar nih kunun-kunun macam
jurugambar profesional...haha..layanns

2 ulasan:

- dieyana - berkata...

cantik pelaminnya, simple, moden.

keturunan mu mmng ada kembar ya...patut la mu kembar..hiihi ;-))

Siti Suhana berkata...

pelamin mudah alih Diana. Selepas majlis nikah, diangkat ke dewan utk majlis persandingan plak..meme simple sangat..hehe. Ni keturunan sebelah suami. Keturunan sebelah aku meme ada kembar, makcik aku, sepupu aku, sedara meme banyak kembar...hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...