Kugagahi jua untuk menulis setelah sekain lama (hampir setahun) menyepi (menyepi sangat.. haha). Dan lagi kakak gengster KL dah bagi warning..haha. (ada orang bertahun-tahun tak tulis blog..ok je kita..haha). Tak suka tau..haha. Tapi suka baca blog kakak Monie je tau, boleh? Ni sambil menulis blog sambil menulis minit mesyuarat tau..haha. Banyak perkara nak cerita sebenonya tapi malas nak menaip...huhu.
Alhamdulillah cuaca redup jer.. bersama-sama Puan Hajah Ross dan Kak Shuhailey |
Takpe..takpe..saya cite sikit-sikit sambil berfikir. Hari Sabtu (5 Mac) baru ni telah diamanahkan membawa isteri KP (Puan Hajah Roos Mohamed - cantik kan beliau) berjalai-jalai ke Serikin (memang nak ke Serikin pun-tiap hujung minggu pergi) sambil ditemani oleh kak Shuhailey dan kak Pot. Nasib baik Puan Hajah Roos ni sporting. Kukata perlu pergi awal sesudah Subuh, mengikut je katanya. Alhamdulillah cuaca redup-mendung ke arah nak turun hujan, sampai kami balik tak hujan -lancar kami menghabiskan duit.. haha. Puan Hajah memang sempoi dibawa berjalan-teman beli kain untuk anak menantu cucu serta suami. Cun (tepat) pukul 11.00 pagi perlu pulang sebab ada acara lain (acara makan bersama-sama KP). Alhamdulillah tepat masanya sampai di Satok dan makan tengah hari. Selesai tugasan dan amanah pada masa itu (kunjungan mereka berdua untuk pertama kalinya setelah dilantik sebagai KP-menghadiri perhimpunan bulanan dan pementasan Teater Bangsawan Sultan Tengah). Alhamdulillah.
sebelah kanan sekali gerangan KP yang baharu - Tuan Haji Abdul Adziz bin Abas Selamat datang Ke Kuching! |
Ok. Siap satu entri...Next..haha...bikin panas kak Monie...
2 ulasan:
cantiknya isteri KP!
(psst salam utk cik suhaili tu...ckp dgn dia, makin kurus n lawa gitu! ;-))
masa muda apatah lagi kans Diana (org kelate asalnya..oghe kelate come belako)..hehe
Insya-Allah..jaga pemakanan katanya..
Catat Ulasan