Selasa, 15 Mac 2016

Wah!!!

Apa nak tulis ek kita ringkaskan cerita jelah. Mak penat nak...

Hari Jumaat malam minggu lepas ada beli tiket kapai nak balik KL. Encik suami yang uruskan pembelian hingga selesai urusan (terima kasih bang). Yang hado tiket Rayani dan MAS je yang 'agak murah". Memang saat akhir buat keputusan nak balik, seperti malam ni beli tiket, esok petang balik KL. Alhamdulillah dapat beli tiket walaupun agak mahal sedikit untuk kedua-dua perkhidmatan mereka - balik KL naik Rayani, balik Kuching naik MAS. Berkebetulan nak seprais adik sekerja yang nak pergi bertandang pada majlis perkahwinan sebelah lelaki di Temerloh (Kg. Pamah kasih). Seprais kami menjadi. Tiket kami 4.30 petang, manakala penerbangan mereka pada pukul 7.45 malam. Kami sampai dulu di rumah - sempat mengemas apa yang patut. Mereka pula sampai pada pukul 12 lebih malam usai makan dan bermalam di rumahku.

Selepas hantar adik lelakiku ke rumah kuartersnya dekat Tasik titiwangsa, kami terus pecut ke Sogo. M4-5 minit lagi Sogo nak buka, kami telah sampai (agak awal). Mujur letak kereta dalam Sogo, bila naik atas guna lif, dapat masuk terus ke bahagian lobi. Terus pergi ke mesin ATM, taklah dihalau keluar sekejap sebab sebelum cukup masa waktu perniagaan...haha. Adik-adik perlu keluar dulu sebelum dapat masuk tepat pukul 10 pagi. Agaknya tak pernah datang tepat-tepat pukul 10 pagi, agak terkejut dengan situasi apabila semua staf berdiri di kiri kanan hadapan pintu masuk, menyambut kehadiran pelanggan dan tunduk hormat sambil meletakkan tangan di bahu. Tahniah buat mereka. Itulah salah satu strategi perniagaan mereka. Dapat masuk jer, terus serbu di bahagian lobi...murah, murah. Haha..Murahlah sangat ek. Dapatlah rembat dua beg kerja (dua je k), pastu kasut kerja sepasang (sepasang je k). Cukuplah ek kesian encik suami menunggu (selepas balik dari Kompleks Pertama). Pastu temankan encik suami pilih baju k (pilih je k, tapi sayangnya tak beli).

ramai gak..kebanyakan wanita..itu perkara biasa...hehe...

Gambar sushi ni nampak menarik kan. Sedap pun sedap, alhamdulillah. Jauh beli sushi nih..hehe. kat KLCC jer. Usai meronda dengan keletihan di Sogo, kami ke KLCC pulak bawak adik dan usu pengantin perempuan. Bagus juga naik kereta ke KLCC kerana kaki dah minta untuk berhenti berjalan (kalau boleh menjerit, malu den..haha), walaupun pada mulanya berhajat naik LRT ke monorel ke sana. Aktiviti di KLCC macam biasa - bergambar dengan Menara Berkembar Petronas! Pastu ternampak pasar raya mewah jual sushi ni. Rembat sebekas. Sebelah kanan bawah tuh ce teka apa..belut u! Ok gak sedap. Boleh beli lagi lepas nih. Kak Monie boleh cuba makan..dapp..hehe..

sedap dan berkhasiat katanya..haha

4 ulasan:

- dieyana - berkata...

wah! sogo! ;-))

(dh tukar nm blog ya..ihih)

Siti Suhana berkata...

haha..dah berapa tahun Diana..harus tukar nama blog (macam nak pindah balik ke KL je gamoknya)...haha. sekarang kena jaga kesihatan..takmo minum sangat teh c peng 9manis)..hehe

kakmonie berkata...

sushi! kurang minat, rasa macam kunyah rumput he he he

Siti Suhana berkata...

alaa kak..cariklah yang bukan macam rumput..sodap kak..haha

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...