26 Mac 2019 (Selasa)
Syukur alhamdulillah kapal mendarat awal pada
pukul 5.05 pagi dan dapatlah kami menunaikan solat Subuh di tingkat 2. Selepas
itu, sempat bersarapan di cafe epot bersama-dengan Kak Yati, Kak Asma, Kak Pah
dan Kak Rusni. Kemudiannya, mereka terus balik ke rumah masing-masing dan ku
kena tunggu 3-4 jam lagi menunggu penerbangan ke Kuching naik Malindo pukul
12.45 tengah hari. Selamat tinggal semua.
Alhamdulillah, selama kurang lebih 10 hari
bermusafir di bumi NZ amat memberi pengalaman yang berbeza. Di bumi Kiwi dan
Fernleaf ini yang mempunyai bentuk muka bumi yang cantik, berlatarbelakangkan
gunung-ganang, laut dan tasik yang membiru, ladang yang luas, ternakan lembu
dan biri-biri, kami dapat merasai dan menikmati pengalaman yang indah dan
berharga. Di samping itu mereka turut terkesan dengan serangan yang berlaku di
Christchurch dan kami dapat memberi sokongan sedikit sebanyak kepada keluarga
mangsa (orang Malaysia). Rakyat NZ sama-sama bersatu dan menentang sebarang
bentuk keganasan. Keprihatinan dan sokongan semua jelas terpamer dengan
tindakan berterusan memberi sokongan kepada keluarga mangsa dan Muslim di NZ.