Isnin, 16 Januari 2012

sagun dan durian...

Biasanya kita makan durian macam tu je kan. Takpun, buat bubur, lempuk, tempoyak dan lain-lain. Buat pertama kalinya, mak angkat telah mengajarku untuk makan durian cicah (cicip) dengan sagun. Mulanya terkejut juga, bila dah cuba, hmm sedap juga. Tapi perlu pastikan agar sagun tersebut tidak terlalu manis. Iyelah, durian dah lemak-lemak manis, bila dicicah dengan benda manis, bertambahlah kolestrol dalam badan. Jom kita mencuba. Di samping beli durian, belilah sagun sekali. Tak rugi pun.

cuba, jangan tak cuba...

jemput makan....

makan kat hot spot...

Kali ni dah tiga kali pergi kat hot spot (tempat makan makanan laut). Nafsu teringin nak makan. Iyelah beberapa hari asyik makan benda yang lebih kurang sama jer. Permintaanku disambut mesra suamiku - jomlah, ikut jer! (al-maklumlah hujung duit - belum bergaji baru). Memandai je kan. Sebenarnya kan, ku yang ajak encik suami makan kat situ, kira kubelanjalah. Cewah, belanjalah sangat. Janji dapat bayar kan bang...hehe. Jom kita tengok hidangan yang kami pesan. Kali ni, kami makan di gerai muslim seafood.

pucuk midin masak dengan bawang putih jer...

pepahat atau ambal masak kicap rasanya... (ku suka)

umai ikan tenggiri - di kedai lain - mahaii wei..RM18 sepinggan...waduh...cukuplah sekali beli...

ikan kerapu masak tiga rasa....

tak ingat apa namanya..tapi telur diolah mcm omelet dan letak kupang (oster ke apa) di tengah-tengahnya...

satu mangkuk keciikk aiskrim buah yang sodap - regenya RM5.. ko mampu..hmm..nasib baik sodap..

Lepas makan baru ternganga sebab rege BOLEH TAHAN - mahal berbanding dulu. Takpelah, makanan dah masuk perut kan. Redo je bayar. Moralnya : lain kali kalau nak pergi, tunggu masa gaji ye (tak terasa kalau kena bayar mahal)...hehe

botok telur asin...

Assalamualaikum sahabat semua. Lama tak bersiaran, maklumlah cuti panjang. Cuaca tak menentu (tetiba je, ada kaitan ker?..hehe). Kali ni banyak nak cite tentang makanan. Macam biasalahkan. Manusia dan makanan tidak dapat dipisahkan.

botok telur asin

Dalam gambar tu dipanggil botok telur asin. Biasanya kita makan botok udanglah, ikanlah. Tapi kali ni botok telur asin. Menariknya, botok ni dibungkus dengan daun kudu (mengkudu). Sudah pastinya, telur asin (telur itik) atau ayam pun boleh direbus dahulu. Dah masak, belah dua dan ditanggalkan kulitnya. Letakkan atas adunan botok (kelapa campur ramuan lain + hirisan daun kudu juga), bungkus dan kukus. Siap untuk dimakan. Sedap jugaklah rasanya. Penuh eksotik!

ayam pansuh...

Gambar atas pulak ni, ayam pansuh namanya. Tak sempat nak tanya apa bahan-bahannya. Yang pasti, ada pucuk ubi, serai dll. Rasanya bolehlah. Kalau masak dalam buluh, lagi rasa sedap.

Ahad, 8 Januari 2012

hidangan akhir untuk entri akhir malam nih...


Panjangnya tajuk entri ni yer. Balik dari Serikin, kami singgah di Giant tapi tak beli baranglah. Kami pergi makan di SCR. Kami buat pesanan mee kari, laksa Sarawak dan nasi + ikan masak halia (tiada dalam gambar). Setiap hidangan, isinya agak mewah dan mengenyangkan - alhamdulillah. Rasanya? Bolehlah bagi 7 bintang. Jom layan.

pandangan laksa sarawak dari sudut atas...

mee kari, agak pekat kuahnya, isinya pun banyak...

pandangan laksa sarawak dari sudut tepi... macam-macam daa...

rambutan laici...

Spesis rambutan ni comel jer, kecil dan manis. Kata penjual, ni namanya rambutan laici - comel saiznya macam laici jugak. Rasanya tak pernah jumpa lagi. Mungkin hanya ada di Indonesia jer. Sempat jugak kami beli dan rasa sebab bentuknya yang comel jer. Jom layan tengok gambar.

jemput makan...

sedap..lupa nak bandingkan dengan spesis rambutan yang biasa...

sempat lagi...

Pagi tadi sempatlah kami berdua menumpang kereta kawan ke Serikin buat sekian kalinya. Alhamdulillah cuaca pun ok, maka bergeraklah kami dengan lancar (cuma lambat sikit disebabkan lori besar nak melepasi wayar elektrik yang merintang di tengah jalan dan deretan kereta yang membontoti).

Heran jugak kami bila sampai ke sana, lengang je (tak ramai orang) dan siap dapat letak kereta di barisan hadapan sekali. Selepas sarapan mee kolok (macam biasa), mulai berjalan menelusuri deretan kedai (cewah ayat skema betul). Dan keadaan agak lengang (biasanya waktu ni dah ramai orang datang) walaupun jarum jam melewati 8.30 pagi. Takpelah kami dapat menjamu mata dengan sebaiknya (agaknya mereka dah berhabis duit untuk membeli keperluan sekolah anak-anak).

lengang kan?..baru lepas hujan...

layan jer..hehe

mencabut rumput....

Hujan yang turun berterusan sejak minggu lepas sehingga membawa ke hari ini, membuatkan segala rumput dan lalang di belakang rumahku bermaharajalela. Tidak sanggup kubiarkan semak. Makanya, kuajak encik suami untuk menjalankan operasi besar-besaran (selalunya kecil-kecilan je - bantu pandang je encik suami bersihkan sorang atau kubantu hanya mencabut rumput yang mudah jer)...hehe.

subur je kan rumput dan lalang itu...

Maka hasilnya, bersih dan agak membanggakan, cewah. Cuma nak tunggu hasil cabutan rumput dan segala bagai yang dilonggokkan itu kering dan boleh dibakar (tapi, kering ker, dengan cuaca tidak menentu ini). Takpelah, tiba masa jika diizinkan Allah SWT, segalanya akan dipermudah.

gambar tidak memuaskan sebab dah nak malam... hasil longgokan rumput dan lalang, tunggu untuk dibakar..

Satu lagi, apa yang kudapat hasil cabutan rumput ini, sengal badan, pinggang dan paha (hasil gigih mencangkung, menunduk 90 darjah dsb). Bak kata encik suami, 'itulah baru sekali dah sakit, baru rasa macam mana kan, selalu pandang je abang buat"... hehe...aoklah bang.

Sabtu, 7 Januari 2012

lauk orang malas....

Cuti semalam, dok sibuk buat kerja. Memula nak buat nasi goreng, beras pun dah tanak. Pastu, punyalah tunggu nak bagi lantai kering lepas dimop, sehinggalah encik suami balik. Sebelum tu, encik suami ada telefon, nak tapau ker..hmm boleh jugak (dengan berbunga harapan).

Sudahnya balik dengan ikan kembung mentah, sayur midin dan beberapa biji telur. Nampaknya kena masaklah ye bang! Takpe, takpe. Mood rajin dah datang. Alang-alang dah tanak beras, makanya ketung-ketanglah berperang kat dapur.

Dan inilah hasilnya...

tumis midin, telur dadar dan asam pedas ikan kembung - alhamdulillah...

delima dan pisang...

Kat sini tengah musim rambutan dan durian. Puas jugak makan. Bapak dan mak angkat selalu beri kami rambutan yang ada di kebun. Durian pulak, kena belilah kan. Dah puas makan, kami beli buah delima dan bawak sesisir pisang berangan, hasil tanaman dari  rumah di KL. 


Ada dua tandan dari dua pokok pisang, dah selamat kami berbahagi sesama jiran.Rasanya di pokok pisang yang kelima dan keenam yang mengeluarkan hasil - alhamdulillah. Tapi, kena tunggu pisang sesisir tu masaklah dulu yer, baru boleh makan. Buah delima dah dua biji kami bedal. Tinggal sebiji lagi yang menemani sesisir pisang.

Jumaat, 6 Januari 2012

cuti menyesal....

Tajuk entri dah masuk dalam fb. Macam pelik je nama cuti ni kan. Cuti rekaan sendiri. Sebenarnya cuti kecemasan. Iyelah, bukan senang diri ni nak cuti sesaje tanpa sebab. Mulanya disebabkan hujan lebat pagi tadi. Hmm. Dalam hati macam lebat jer, tak nak lah berlaku macam semalam. Baik ku ambik cuti hari nih. Almaklumlah semalam hujan lebat dan menyebabkan air naik di semua jeraya, sesak dan merakam jari lewat sehingga 7.57 pagi. Semua yang berlaku ialah ketentuan Allah SWT, sebagai hamba-Nya harus terima. Kami redha dengan ujian-Mu Ya Allah.

Elok jer encik suami pergi kerja, hujan dah berhenti. Hehe..tetiba menyesal pulak bila cuti hari nih - sebab tu dipanggil cuti menyesal. Tak apelah sebab cuti ni boleh kemas rumah, memasak bagai (harap-harapnya mood rajin datang tetiba). Elok gak duduk rumah hari ni sebab lori sampah lalu, maka ku sorong tong sampah keluar pagar dan mereka menguruskannya (kalau tak, dalam pagar, sampai berulat sampah tersebut. Dapat juga mengemop lantai dapur dan dapat main angry bird puas-puas (tetiba jer). Kuda pun takde, jadi duk umah diam-diam ye.Jangan lupa masak ye Suhana. Dah dah..pergi dapur tu...hehe

kuda tunggangan takde...duk umah diam-diam yer..sekadar hiasan je gambar nih..hehe

Khamis, 5 Januari 2012

kedai makan...

Hmm... susah betullah nak cari kedai makan Arab kat BB Bangi nih. Namun, terjumpa jugaklah satu tempat kat area BB Bangi. Bila nak order makan, nasi mandy/bukhara takdelah pulak. Yang ada nasi arab Damsyik dan nasi arab Saudi jer. Agaknya dah agal lewat kami singgah, makanya tak banyak benda nak dimakan. Hmm, bedal jelah, janji nasi arab.
Ni gambar kedainya (gambar hidangan tak ambil melalui hp) dan sebelah tuh, kedai Tutti Frutti - hmm.. pandang jelah dari jauh. Perut dah penuh takkan nak makan aiskrim pulak (haha..alasan je sebab seram memikirkan harga yang perlu dibayar bila dok sedap kaut aksesori kat aiskrim tu nanti - kalau!). Takper, ada rezeki, lain kali boleh makan aiskrim Tutti Frutti pulaklah ek...hehe.

restoran myrice..sebelahnya kedai tutti frutti...hehe

best kan??

Nak kongsi cerita sikit. Sikit jer. Hehe.. Semasa berkunjung ke rumah sahabat baik, beliau ada tunjukkan satu set teko yang padaku agak hebat. Sebab apa? Sebab tertera logo DBP. Ditambah pula dengan jenama Noritake. Tak silap katanya, set ni diberi oleh DBP kepada orang bersara (beberapa tahun dulu). Beliau beli dengan orang lain yang tak mahu dah set tersebut. Best kan bila lihat set tersebut. Kiranya ada kenangan bila dah bersara nanti sebab ada barangan DBP dalam tangan. Tahniahlah kak sebab dapat memilikinya!....

putih, suci dan berseri...cewahh...
 
hang ada? memang ku takde..pandang jelah..hehe


TBS...

TBS? Terminal Bersepadu Selatan.

Kami berdua ni kalau ke KL lebih suka naik LRT-RapidKL. Lagi-lagi banyak jalan ditutup sempena nak sambut tahun baharu, baru-baru nih. Kami suka letak kereta di sekitar di stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Baru setahun tak guna LRT, terkejut juga sebab kawasan tersebut telah dibangunkan menjadi stesen bersepadu arah selatan yang menempatkan bas ekspres, CAT ke KLIA dan Komuter KTM. Nak cari tempat letak kereta agak mudah dan RM3 untuk bayaran sekali masuk. Tapi, jauh sikit nak menapak ke stesen LRT nun jauh di seberang.

Lagi satu yang berubahnya ialah penggunaan cip atau coin sebagai tiket untuk naik LRT (dah tak guna tiket kertas)- mula-mula guna tak tahu nak tepek kat mana, kena gelak dengan encik suami lagi. Rupanya ada tempat khasnya...hehe (jangok betullah, maklumlah benda baharu).


coin sebesar duit syiling 50 sen...

Kalau naik dari stesen tersebut, ok sikit sebab tak ramai orang lagi. Kami turun ke stesen Bandaraya - naik ke SOGO- turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan bermulalah misi mencari 'barang' (bak kata encik suami - kiriman belian barang orang lain lebih banyak dari barang sendiri - maafkan saya bang!)... hehe.

Jom kita lihat kawasan TBS-LRT dan Komuter KTM yang masih melalui proses pengubahsuaian.
Tak lama kami balik, pasti dah siap sepenuhnya nanti.

pandangan sebelah kanan..dr tempat kuberdiri..

pandangan dari sebelah kiri..

eskalator nak ke stesen LRT di seberang nun..

sebelah kiri depan tu stesen CAT-xpress ke KLIA


laluan pejalan kaki berbumbung..

landasan CAT..
 

stesen komuter...



sedang dalam penambahbaikan...

air pulak..

Pastu kita cerita pasal air pulak yer. Air apa lagi.. Teh c peng spesel lah yang menjadi trademark pada blogku ini. Kita lihat perbezaan air selepas dihidang (sebelum dikacau) dan selepas dikacau.
Apa-apa pun memang sedap. Jom jemput minum!

kanan, yang asal, kiri, selepas dikacau..macam teh tarik...

alaahai...

Ada pergi rumah kawan baru-baru nih, sempatlah mereka jamu makan satu pencuci mulut nih..
Alahai sedapnya bila makan. Alahai..tapi lupa namanya, susah nak sebut ..huk huk.. alahaiii...
(nanti i cari nama hidangan nih yer)...hehe
Hah.. dah teringat namanya...kek tiramisu...yeye..berjaya mengingat namanya..alhamdulillah...

nyum nyum..memang mabeles...alhamdulillah..

hujan...

Hai ini dalam sejarah kerana lambat buat pertama kalinya dalam tahun 2012, masuk lambat ke pejabat. Siapa yang dapat menduga ketentuan Allah. Hujan mulai awal pagi hingga saat entri ini ditulis masih berterusan membasahi bumi Kuching, malah banyak kawasan telah dinaiki air. Malah, rumah kawan kami turut dimasuki air dan mengalami banjir di kawasan tersebut. Kesesakan awal pagi juga tidak terduga-sesak dengan keadaan pemandu yang mahu sampai ke destinasi dengan selamat.

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Allah SWT kerana sampai juga akhirnya ke pejabat
dan dapat merakam jari pada detik 7.57 pagi. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Walaupun tak dapat bersarapan di luar, ku nak tunjuk juga gambar nasi kerabu
(walaupun dan makan minggu lepas) dan tapai goreng yang sempat kurakam, beli dan makan.
Jangan terliur ye kak Mohaini pagi nih bila nampak .. nyum nyum...


 nasi kerabu puyuh goreng...
tapai goreng salut tepung...hehe

Tambah satu lagi menu yang telah kumasukkan dalam facebook - Mee Jawa.

Rabu, 4 Januari 2012

musim hujan dan air pasang...

Sebelum balik ke KL minggu lepas, bumi Sarawak dibasahi air hujan hampir setiap hari (ada can beri alasan untuk tak basuh kereta). Sempat juga bermalam semalam di rumah keluarga angkat. Rumah mereka juga dimasuki air hampir sejengkal paras. Perabot terpaksa dinaikkan untuk elak dari terendam. Nasib baik ada pembantu, 2-3 orang anak bapak yang boleh diharap (ada di rumah).

Mereka bertungkus-lumus membersihkan rumah dan membuang air keluar. Mujurlah air dah surut (tapi dua hari kemudiannya, air naik semula disebabkan fenomena air pasang luar biasa). Mana-mana rumah yang di atas tanah, kebanyakannya dah tenggelam (berbanding rumah lama-masih bertiang kayu dan tinggi).

air hampir surut...

air masuk dalam bilik juga...

proses membuang air keluar sekali gus dapat membersihkan rumah...

 mak sedang bertungkus-lumus membersihkan bilik...


gambar golap..hujan lebat memang turun seharian tanpa henti....
jalan nak masuk kampung pun dinaiki air-agak tinggi...

Sehingga entri ini ditulis, hujan masih turun dalam dua tiga hari ini bagaikan mengiringi kemasukan pelajar yang mendaftar ke sekolah hari ini. Jeraya pun dah mula sesak semula. Semoga di sebalik hujan yang berterusan ini membawa seribu rahmat kelak. Kami redha dengan ujian-Mu, Ya Allah...

Selamat tinggal 2011, Selamat datang 2012....

Assalamualaikum kawan-kawan.

Kita baru sahaja meninggalkan tahun 2011. Maka terbitlah tahun baharu -2012. Sekejap je masa berlalu melewati usia kita. Bagaimana dengan amalan dan pergaulan kita sebelum ini?
 Apakah azam tahun 2012? Adakah bakal terlaksana?
Segala persoalan akan dijawab oleh diri sendiri.

Hampir setahun sebagai perantau dan berada di bumi Sarawak ini banyak mengajar erti kesabaran dan ketabahan. Sabar untuk belajar loghat BM Sarawak, sabar dalam memandu di jeraya dan sebagainya.
Serta tabah bila berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan.

semoga ada sinar kecemerlangan dan cahaya keimanan yang baik untukku....
Semoga juga ada sinar kerajinan untuk berbuat sesuatu dengan lebih cemerlang,
dapat memuaskan hati diri sendiri dan orang lain, menghasilkan dan menggapai impian yang dicita.

Ya Allah, Ya Tuhanku..berilah aku kekuatan untuk melaksanakan azamku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala  rintangan di hadapan, kasihilah aku, angkat darjatku, berilah petunjuk untukku berbuat kebaiakn dan istiqamah mematuhi suruhan-Mu dan meninggalkan larangan-Mu... berikanlah kesihatan yang baik untukku dan keluargaku. Hanya Engkau Yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....