Khamis, 30 Jun 2011

awan nano kat DBKU...

Pastu sempat juga merakam gambar awan (kamera henpon jer) semasa ke DBKU (atas bukit).
Cantik pemandangan kat atas nih - boleh melihat seluruh bandar Kuching.
Bagi yang mempunyai kamera dan sukakan pemandangan, boleh ambil peluang
untuk ke sini. Dijamin memang sungguh indah pemandangan kawasan sekitarnya,
malah nampak Gunung Santubong. Pertama kali datang sini pun dah jatuh
cinta akan pemandangannya - Subhanallah...
nampak gah di atas bukit...

selalunya nampak dari dalam tingkap pejabat jer..
kat sini ada muzium kucing tau, masuk percuma je..tp tempat tersebut sedang dibaik pulih...
nampak tak gunung santubong tuh...





awan nano lagi..

Dalam perjalanan ke jambatan di Pending tadi, sempat kurakam gambar awan nano dari dalam kereta.
Subhanallah...cantik dan terang gambar awannya (sebelum gelap pada petangnya lalu
memuntahkan hujan lebat-alhamdulillah-basah bumi-Mu Ya Allah). Selama duduk
kat Kuching ni, setiap hari berpeluang menikmati kebesaran-Mu Ya Allah.

 
















 



belinjau....

Pernah makan buah belinjau tak? Pucuk daunnya boleh dibuat sayur lemak atau air.
Buah belinjau ni kecil je buahnya. Orang Jawa suka makan benda nih. Mereka rajin
buat kerepek emping belinjau. Apa yang kutahu, cara nak buat emping belinjau, biji buah
diketuk hingga leper, jemur dan digoreng. Tak tahulah kalau tempat lain, panggil apa buah ni.

maaflah sebab tak sempat ambil gambar yang segar...yang ni dah rentung dah..hehe
kupas kulitnya dan makan isinya...sedap...alhamdulillah...
      Kalau caraku, masa kecik-kecik dulu, suka bakar je buah ni kat bakaran kayu
dan sebagainya. Kupas kulitnya dan makan isinya. Baru-baru ni ada beli benda ni
kat Serikin. Baru semalam sempat panggang atas pan hingga rentung. Pastu kupas
kulit dan makan isinya. Rasanya sedap, lemak sikit dan payau sikit.

Semalam...

Semalam, datang kerajinan untuk memasak, walaupun ringkas tapi nyum nyum
berselera makan (maaflah encik suami sebab i masak masakan wong Jowo-
ringkas dan tidak berkuah). Masak petai kicap berlado, berbilis dan berbawang.
sengaja asingkan bilis yang telah digoreng dahulu...petai tu...sedap...
tambahkan kicap...
dah siap...taburkan bilis goreng di atasnya....siap untuk dimakan..
     Tambahan lagi potongan peria katak yang dah lama tak makan. Bila terpandang
peria katak ni, teringat kepada mak mertua tersayang sebabnya beliaulah yang
mengajar aku makan dan jatuh cinta dengan peria katak (ado ko, jatuh cintalah
dengan benda lain, ni peria katak!).
    Kalau teringin nak makan, makan jer. Tapi kalau balik kampung di Pahang,
hirisan peria katak ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas, pastu cicah budu yang
diletak hirisan bawang, cili api dan limau kasturi (pergh sedang meleleh air liur nih).
Walaupun pahit sedikit, tak mengapa. Kalau nak kurangkan rasa pahit peria,
hiris nipis-nipis je dan senang nak masuk mulut...

Rabu, 29 Jun 2011

pusaran?

Sekadar selingan..apa pulak pusaran nih?..hehe..ni pusaran sayang namanya..haha...
Dek kerajinan encik suami membuat pusaran dalam segelas kopi, maka terhasillah
pusaran sayang!..hehe..jangan mare ek...

masak kari...macam tak percaya!...

Hehe..macam tak percaya sebab kumasak kari dua hari lepas. Bukannya apa, sebab jarang-jarang,
kadang-kadang je masak kari sebab keturunanku yang tidak suka sangat makan kari, jadinya jarang
buat. Dengan semangat nan satu, kutelefon ibu mertua tersayang bertanyakan resepi karinya yang
sememangnya ummpphh!

   Bekalan puyuh ada lagi, jadilah kan...nak beli ayam malas pulak. Dengan gigihnya, berperang di
dapur dan memasak mengikut panduan yang telah diberi. Akhirnya siap, mmm boleh tahan jugak
hasilnya (puji diri sendiri, kalau tak sapa lagi nak puji kan..hehe).

  Maka kumakan kari puyuh bersama roti Arab (lembut dan sedap). Pergh..memang terangkat..haha
tak habis-habis puji diri sendiri. Maka kujadikan santapan makan malam untuk dua tiga hari nih.
Kiranya dah lulus untuk memasak kari (gulai kari) dan juga bubur lambuk ala Pahang. Pasni kena
belajar banyak lagi resepi oghang Pahang...tunggu...

kordial Roselle

Dek kerajinan encik suami, maka terhasillah Kordial Roselle buatan sendiri.
Stok untuk setahun tak habis nih..hehe..

isinya boleh dimakan...sedap....

Apa yang boleh anda buat dengan Roselle?...

Apa lagi yang boleh dibuat dengan Roselle kalau tak jus atau kordial kan...
Maka dengan gigihnya encik suami merebus roselle, pastu buh gula dan rebus
dalam setengah jam, maka jadilah kordial. 
cantik warnanya...menawan kalbu..
kita rebus untuk dapatkan patinya..

dah tambah gula..siap untuk ditapis...
 ... selepas ni bolehlah cuba k tuan dan puan...

Ahad, 26 Jun 2011

bahasa lagi...

Sekadar berkongsi dengan tuan dan puan. Penggunaan bahasa Melayu di papan
pemberitahuan yang mengutamakan bahasa Melayu dan kemudiannya barulah 
bahasa Inggeris (namun seharusnya saiz untuk bahasa 
Melayu perlu besar sedikit berbanding bahasa lain). 
Usaha pihak stesen minyak ni harus dipuji. Tahniah untuk mereka.

Sepetang di Damai Santubong...

Jom kita tengok pemandangan waktu petang yang sempat kurakam petang tadi...
Subhanallah...besarnya kekuasaan-Mu Ya Allah...
gunung Santubong...
kalaulah dapat buat rumah tepi pantai macam dalam gambar nih....hehe









Best pergi tempat nih, lain masa pergi lagi...insya-Allah...

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...