Selasa, 21 Jun 2011

panggilan...

Assalamualaikum....
Bertemu kembali pada pagi Isnin Selasa yang ceria ini (hakikatnya mood mengantuk).
Dua hari sudah, bermacam aktiviti dilakukan di Kg Mang. Ada jemputan kenduri kahwin
atau dalam bahasa orang sini 'panggilan' tak jauh dari rumah mak apak. bapak
ditugaskan sebagai tukang masak. Sempatlah bapak masak rendang daging,
ayam, sambal ikan kering dan nasi minyak.
     Disebabkan rumah pengantin lelaki di tengah-tengah, kawasan rumah yang di hujung
sana dan sini hanya hadir sebagai jemputan sahaja dan yang betul-betul berhampiran
dengan tengah kena bergotong-royong.
    Hanya sempat merakam adik-adik pengantin lelaki yang khatam al-Quran.
Pengantin lambat pulak diarak walaupun majlis kenduri mula awal (8.30 pagi hingga
1.00 petang). Usai majlis, mereka bergotong-royong mengemas dan sebagainya
hingga selesai (dah tak tunggu esok dah), tu yang bagusnya semangat kerajinan
orang Kampung Mang nih...syabas...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...