Jumaat, 21 September 2012

buah tangan...

Asmk sahabat semua. Berdasarkan gambar, dapatlah diceritakan bahawa buah tangan di bawah ialah pemberian dari Puan Hajah Asmiah yang baru balik bertugas rasmi di Kelantan. Comel kan bekasnya. Isinya berupa asam jawa dan jeruk mangga kalau tak silap - buatan Siam (memang kreatif mereka nih). Terima kasih kak Hajah.

gambar blurrr..

gambar ada terang jugakk..hehe

air cintee...hehe

Encik suami memang rajin dan kreatif. Kadang-kadang suka buat bentuk cinta kat air yang dibuatnya. Terima kasih bang..hehe..dalam hati ada taman kot...

nasi lemak basmathi...

Tahap kerajinan agak meningkat, bekalan beras basmathi pun banyak lagi, jom layan buat nasi lemak. Berkebetulan jugak bekalan sambal tumis ada lagi, jom kita masak. Masak sayur sikit (nak seimbangkan menu konon), pastu goreng ikan terubuk masin. Nah hasilnya, nasi lemak kurang lemakss...hehe..jom makan.

besarnyer...

Ini hasil perkebunan kami di belakang rumah. Hambikk...punyalah besar ubi kayu nih, alhamdulillah, lumayan hasilnya. Hanya mampu rebus barang seketul lima..hehe...layanss jer..


rajinnyerr...

Alhamdulillah..sepergian dan kesibukan ku menguruskan tugasan hujung minggu sudah, encik suami berbesar hati membersihkan belakang rumah. Terima kasih bang. Lihatlah hasilnya - bersih dan mengagumkan. Kiranya bergilir-gilir membersihkan semak belakang rumah - menyihatkan badan dan memberi kesan kesakitan belakang badan sedikit. 




tunggu kering sikit lagi, bolehlah bakar secara terkawal....

laksa sarawak segera..

Pes laksa dah ada, santan kotak dah ada, mihun dah ada dan sambal laksa pun nan hado. Jom kita buat laksa, ringkas dan sedap (kot). Maka kuguna separuh pes laksa untuk hidangan makan berdua. Beli udang sikit, ayam sikit, daun ketumbar sikit, kira jadiklah. Siap. 

Permintaan encik suami lepas nih, cubalah belajar buat pes laksa sendirik (ok bang,akan kusahut cabaranmu itu - tapi bila?...akan tiba saatnya ituh..insya-Allah).

nak masak apa dgn kundur...

Untung duduk berjiran dengan jiran yang suka bercucuk tanam. Nah lihatlah, diberinya kami sebiji buah kundur - besar lagi kejadiannya. Tergelak pun ada, sebab kami tak pernah beli dan terfikir pun nak masak kundur nih cara mana. Apa pun terima kasih ye jiran. 

Diberinya kami sebiji, masih ada lagi tiga hingga empat biji bergantungan di pokok lagi - memang lumayan hasilnya. Sehingga saya masih di KL, encik suami telah membawanya ke kampung mang dan memasaknya - sayur air- terima kasih bang. Kalau makan berdua, konpem akan simpan dalam peti ais dan selama seminggu akan makan kundur nih..hehe...

telur cantik..

Lihatlah kejadian telur gred B nih biladipecahkan kulitnya. Cantik kan? Bulat dan terbentuk elok, Subhanallah. Telur ni dibeli di pasar Satok.Mungkin telur ni baru lagi. Pernah terbaca petua, kalau nak beli telur yang baharu dan elok, belilah di pasar tani/malam berbanding di kedai runcit atau pasar raya besar.  Kat pasar memang ramai orang dan sentiasa membeli telur segar berbanding di kedai runcit yang kadang kala telur yang dijual agak lama berada di kedai tersebut. 

Hal ini memang diakui kebenarannya kerana pernah beli di pasar raya, telur tersebut bila dipecahkan, berderai kuningnya (ikut nasib jugak). Bila nak buat kuih agak kecewa kerana telur yang diberi kurang segar dan boleh mempengaruhi kejadian kek.



Isnin, 10 September 2012

Pai epal....

Dalam sibuk encik suami minta tolong nak pasang kipas, sempatlah ku membuat inti pai epal. Mulanya, encik suami kata, sian tengok epal tuh (yang tercongok tiga biji atas meja), tak nak buat pai epal ker?

     

Zass terus dapat idea, terus je capai pc jenguk resepi. Maka, terus je buat sebab bahan-bahan pun dah cukup kanss (takde alasan tak nak buat). Dengan mulakan langkah kaki dan hayunan tangan kanan, bertong tang tong-tang kat dapur buat inti pai epal, jom layanss.


potong dadu epal tu- jangan lecil atau besar sangat..yang sedang-sedang sahaja..

panaskan mentega dalam 40gm..jgn banyak sangat...

masukkan epal, gula perang dlm 5 sudu, sekeping kulit kayu manis dan segenggam kismis kuning/hitam

masak hingga masak..hehe..biarkan agak pekat..

nak pekat lagi, masukkan dua sudu tepung jagung-gaul sebati..

perahkan sesudu perahan lemon... gaul lagi, bila dah masak, sila tutup api..

Inti tu perap semalaman dalam peti ais sebab sebelum buat inti pai tu, memang dah fikir takkan nak buat kulit pastri bagai, baik guna yang sedia ada (memang kebetulan ada bekalan dalam peti ais)- jenama Kawan (paratha-flakey) - memudahkan kerjaku..hehe.. Selalunya orang buat pai empat segi. Kutaram buat tiga segi sebab guna parata bulat kan (ada ker parata empat segi..hehe)..layanss jer.


Jom kita tengok cara nak buat pai epal pulak (semangat berkobar-kobar buat berkebetulan ada tetamu nak datang rumah). Gelabah jap takde idea nak masak apa sebagai hidangan utama - akhirnya lontong sebagai hidangan utama, sempat juga buat puding kastard (maaf tak sempat snap gambar). Bahan dan cara nak buat pai epal ni kurujuk dalam SINI - terima kasih puan.

tabur sedikit tepung atas pinggan..

potong empat..yang dua belah, dihiris siap-siap..

letakkan inti...

tutup inti dan ratakan sebelah tepinya..

ambik hujung garpu dan tekan tepi pai...

sapu dengan telur yang dicampur sedikit esen vanila (tak nak bagi bau telur kuat sangat).
Bakar dalam oven guna 190 darjah celcius dalam masa 30 minit.

TARAAA...dah siap. Makan panas-panas ke sejuk ke sedap jer. Alhamdulillah, tetamu suka makan, encik suami pun suka. Lain masa boleh buat lagi.

alhamdulillah siap...nyum nyum

teringin..lagii...

Minggu lepas juga teringin nak makan sandwich tuna. Maka kubeli bahan-bahan yang ado dan roti biasa (bukan gardenia..huk huk), jadiklah daripada takde.

sandwich mudah, nampak bodo jer...hehe
Kali ni beli tuna bermayonis pedas (tak pedas pun), campur bawang besar yang dipotong dadu, potongan daun ketumbar dan dua biji cili api - hambik ko, berasap telinga dan mulut - podass. Tepek dengan daun salad dan hirisan timun..siap...nyum nyum.
podas....

pasang kipas...

Setelah setahun tak pakai kipas siling (sebab rosak) di rumah sewaku, Sabtu baru nih encik suami gigih membuka yang lama dan memasang yang baharu. Susah juga nak buka yang lama. Alhamdulillah berkat usaha nan gigih, dapatlah dipasang yang baharu. Tahniah bang.

jenama murah jer...hehe

jarak dekat...

laju berputar..

selamat tinggal yang lama...

sepetang bersama Iman...

Selalunya hanya dapat mendengar cerita dari Kasih Ime tentang anaknya.
Minggu lepas berpeluang memangku dan bermain dengan Iman sekejap. Jom layanss..




Rabu, 5 September 2012

projek mini muffin

Tengok orang lain nak buat muffin, kita pun nak buat jugak. Maka bermulalah projek pertamaku. Mini muffin sahaja yang mampu kubuat masa nih..hehe. Bila selesai buat tuh dan makan muffinku ituh, rasa agak kosong teksturnya. Rasanya perlu buh pisang dan buah segala bagai. Tetapi takpe, tu cubaan pertamaku. Lepas ni banyak masa lagi nak buat..cewahh.. Apa kata owang putih tuh "practise make perfect"...cewahh.

Rasanya perlu buat dalam bekas cawan  kertas yang keras dan besar sikit baru sesuai. Agak menggeleber kejadian muffinku bila dah siap dibakar. Ni kira projek jualan di pejabat encik suami - nampaknya tidak boleh lagi dijual sebab percubaan pertama. Selain itu, dapat juga melihat kurang lebihnya bagi menyesuaikan dengan kos dengan harganya. Kemudiannya, kuletak bekas tat sebagai alas cawan kertas, agak stabil kejadiannya.

agak tidak stabil bila dimasukkan dalam cawan kertas

jangan tertipu, ni hasil bakaran kedua...hehe

kanan sebelah atas - hasil bakaran pertama,
kanan sebelah bawah - hasil bakaran kedua,
sebelah kiri -  hasil bakaran ketiga - nampak agak mantop..cewah..
practise make perfect gituh...

Jom layans cara kubuat. Resepinya ada kat bawah nih.

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com 
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/muffin-marble-coklat-chips-again.html#ixzz25VvQc4FJ

Selamat mencuba ye.

lupa..

Lupa nak kongsi cerita sikit semalam tentang satu benda baharu pada pandangan mataku..hehe..

ceteka ceteka..apa bendanya? hehe...takdelah apa sangat pun...

ni je haa bendanya..penunu gas yang kelihatan padaku agak unik, satu inovasi yang baharu.


Benda ni dapat kulihat di kampung, di rumah nenek ku lagi, ko hada?..hehe..ku pun takde...hehe

Selasa, 4 September 2012

selingan, i-pad vs samsung...


sekadar hiasan...
Layans jap gambar nih. Apabila satu i-pad lawan tiga samsung..hehe. Agak-agak sapa menang? (sekadar perbandingan). I-pad juga yang menang saman ke atas samsung kerana mendakwa samsung meniru paten dsb. Samsung bijak, bayar guna duit syiling berjuta-juta kepada pihak i-pad. Kenalah tu kan. Biasalah, teknologi semakin berkembang dan berkembang. Sapa yang bijak dan hebat dapat mengeluarkan gajet yang mampu milik dan sentiasa menjadi igauan pengguna, maka dialah yang menang dan untung.

rezeki..udang kara

Alhamdulillah, rezeki orang beri udang kara/batu/lobster. Dapatlah merasa sekali dua. Bukan senang nak beli atau nak dapat udang nih. Duit cukup kat tangan baru mampu dan ingin nak beli, sekilo RM60, ku tak mampu nak beli selalu (kadang tak terfikir nak makan sebab mahal)..hehe. Jom layans.

ada yang besar...

ada yang kecil..

versi satu: rebus berserai bagai...(ni dapat makan minggu lepas)

versi dua: bakar berempah..(ni buat semalam)
Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, dapatlah merasa lagi. Hidangan kat bawak ni, hidangan berbuka semalam, alhamdulillah.

laksa penang-tkasih encik suami yg tolong beli..memang sedap (selalunya tak habis makan-kali nih habis-alhamdulillah)

asam pedas ikan pari (ratah tanpa nasi)

udang kara bakar berempah...

cicah air asam..

cicah sambal kicap pedas...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...