Rabu, 20 Jun 2012

cerita terung...

Entri last hari nih..terung gergasi. Teruja bila melihat saiz terung ni kan. Alhamdulillah, syukur sebab dapat rezeki terung ni daripada seorang sahabat yang ringan tulang berkebun. Biasanya, susah juga nak jumpa terung besar macam ni kalau kat pasar. Apa yang ditanam oleh sahabat itu, semuanya menjadi, cili padi, pegaga, kangkung (dah berapa banyak plastik telah dibawa ke pejabat berbahagi dengan kawan-kawan yang lain). Alhamdulillah, semoga murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT kepadanya.

besar punya, cuma bandingkan dengan saiz duit syiling rm0.50 tuh...

teruja melihatnya..apa nak masak ek??

akhirnya ku potong-potong dadu macam nak goreng kentang...

ku goreng siap-siap...

dah siap digoreng..
dan akhirnya....


dimakan dengan bubur nasi...nyum nyum..alhamdulillah...

sinar petang 2..

Layans je gambar pemandangan yang sempat kurakam menjelang waktu senja...




kek hati...

Kek bentuk hati ni sebenarnya ialah kek sarang semut...seronok membuatnya walaupun nak sediakan bahan yang awal agak leceh sebelum diperap 2-3 jam, pastu baru boleh dikukus sejam (janji ada orang yang makan). Alhamdulillah kali ni menjadi, teksturnya pun halus. Resepi kali ni, kawan yang beri (kalau mahu sila beritahu yer).

nyum nyum

dah siap kukus..

dah siap membahagi...

payung samurai..

Beberapa kali pergi pasar raya nih, adalah lagi jual benda nih. Payung Samurai. Ko ada!!! haha..Macam pedang betul, tetapi ghupenya payung. Mahal gak regenya, dalam RM35++. Benar tapi pelik...hehe
yang digantung...

yang dibaringkan..hehe

nyum nyum

Di kala diri ini kemalasan yang amat, encik suami juga yang amat memahami. Sempat beliau menyediakan hidangan ringkas berupa roti dan aksesori tambahan. Terimalah persembahan hidangan dari encik suami. Terima kasih bang.


dan lagi...hidangan yang bawah ni belian dari restoran jer...mee crispy seefood...layansss..sedap gak, alhamdulillah.


kosong kosong kosong (Najwa Latif)...hehe

taraa..dah tambah isinya..nyum nyum

pengaruh kartun...

Tak tahu nak kata apa. Ingatkan kartun Hello Kitty je ada kat telekung kanak-kanak, ghupe-ngupenya ada jugak kartun angry bird...hmm..teruja jap. Tapi rasanya tak beli kot, macam tak sesuai untuk dibawa solat. Terpulang pada sesorang, nak beli atau tidak.

warna merah...

warna hijau...
dan lagi...tetiba ada pulak kartun Shaun. Layan jer... siap ada topeng lagi. Itu yang bestnya bila gi Serikin. Banyak benda baharu boleh dilihat dan dimiliki.

hehehe...cumillss...

ni yg tak tahan...hehe..siap topeng lagi ada dijual...

jerebu dan panas...

Kan sekarang musim jerebu. Hujan tak turun selama dua minggu ni di bumi Sarawak. Bila duk kat dapur, berjejeran peluh turun. Baru ni gi Serikin, agak berkabus jugaklah waktu pagi tuh. menjelang tengah hari, mulalah panas membahang. Semoga kami tabah dengan ujian cuaca yang Allah beri ini.



hadoiii tak tahan...

Sungguh pedas perlian itu mu bang!...hehe..tahap gurauan macam serius je nih. Mentang-mentanglah belum guna lagi si oven ku itu, sesuka je ye bang letak tisu gulung kat dalam oven ye bang. Jangan risau bang, kufaham maksudmu itu...haha.. Ni yang nak kena buat cepat kek red velvet nih...hehe


ko adaaa!!!...hehe


kacang ma...

Nama kacang ma tetapi adalah sejenis daun semacam ulam. Daun kacang ma ni biasanya akan dikisar halus sebelum dimasak dalam ayam (macam rendang). Bolehlah rasanya, kalau orang Sarawak dah biasa, namun bagi orang Malaya seperti luar biasa (tak boleh pergi jauh - tetapi takpe, sekurang-kurangnya dah rasa).


sinar petang...

Subhanallah... cantiknya sinar petang yang sempat kurakam di depan rumah sewaku.

cerita mulberi dan perkebunan...

Alahai malasnya nak karang ayat. Kalau macam kak Mohaini kan senang, banyak gambo, ayat kurang..hehe..Baru-baru ni operasi besar-besaran mencabut lalang belakang rumah sewaku. Maka, perkebunan belakang sudah lapanglah. Terus bakarlah itu lalang (sampai terlupa bahawa telah membuat pembakaran terbuka- tawakkal jelah).



separa siap, sampai orang tak percaya bahawa kucabut lalang2 itu...
Tahap kepenatan satu hari selepasnya tak terasa lagi. masuk hari kedua, ambik hang - sakit pinggul, pinggang dan seumpama dengannya.. layanss...hadoii.



dah lapang sikit...hmmm
Tetapi kepenatan terbalas bila melihat pokok mulberi kami telah berbuah - alhamdulillah. Tetapi pokok ini kedudukannya di hadapan rumah - maka tak termasuk dalam kategori perkebunanku itu...hehe. Pokok mulberi ni berbuah hebat bersama pokok rozel (pokok rozel tiada dalam gambar).

yang masih hijau...

dah nak masak...

alhamdulillah syukur pada nikmat Allah SWT...

air slurp slurp...

Teruja nak minum air yang ditempah, sebelum minum jom ambik gambo dulu.
Sila jangan telan air liur ye...hehe


Yang ni secara solo.


plinggg....

tetiba bertukar..AIR KOPI CINCAU.. nyum nyum

Yang ni pulak secara berpasangan.

air tembikai laici dan white lady...ada jagung tuh...sedapnyer...
sebelah kanan, sama dengan air kat atas tuh, sebelah kiri, air teh jasmin berlemon...


awan runcing...

Hmmm..takde modal nak cerita, kumasukkan gambar awan runcing
yang sempat kurakam minggu lepas. Layanss...


Subhanallah...

terima kasih bang!

Seumur hidupku, inilah kali pertanma orang beri hadiah minyak wangi padaku (sebab tak berapa minat pakai minyak wangi). Alhamdulillah, encik suami yang penyayang telah memberi hadiah buatku sempena kenaikan pangkatku (dahlah tak beri apa-apa masa hari lahirnya, ku pulak yang dapat hadiah, terasa malu pulak diri ini). Apa pun terima kasih tidak terhingga ye bang!

spesel gitu...terharunya i!..hmmm..

jeng jeng jeng..

cantik rupanya, wangi baunya..
Alhamdulillah, kuterima dengan rasa senang hati. Terima kasih ye bang!
Ada pasangannya juga. lepas ni sama-sama mewangilah nampaknya...hehe..

amboi...wanginya..

Jumaat, 15 Jun 2012

Bandar Seri Begawan yg menawan...

Hmm.. apa nak cerita tentang Brunei Darussalam aka Bandar Seri Begawan (BSB) ni ekk. Takpe, kumulai dengan cerita permulaan perjalanan dari Samarahan hinggalah ke Brunei. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang memudahkan perjalanan musafir kami ke bumi BSB pada 31 Mei hingga 2 Jun 2012 (walaupun perancangan dan keputusan dibuat dalam masa seminggu jer-nak buat pasport antarabangsa lagi). Kami berkonvoi dua kereta - satu kereta (kepunyaan Zack), Linda sekeluarga dan satu lagi kereta encik suami, kami yang naik - kusendiri, encik suami dan Zack.

Kami mulai perjalanan dari rumahku pukul 7.30 pagi dan berhenti rehat untuk bersarapan di Serian. Usai bersarapan, kami meneruskan perjalanan hingga ke Sri Aman - buang hajat dan seterusnya makan tengah hari yang agak lewat di daerah Selangau. Sebab nak mudah, kami membuat pesanan menu yang sama. Terpaksa jimatkan masa untuk sampai ke Bintulu sebelum malam menjelang - hampir 12 jam kami berada di jalanan.

Alhamdulillah, dalam pukul 7.30 malam kami sampai di rumah keluarga angkatku di Kpg Penan Muslim Batu 10, Bintulu. Dapatlah kami berehat barang semalam. Terima kasih pada bapak, mak, kak Suraya dll kerana telah melayan kami dengan baik. Jasa baik dan budi kalian, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Keseokan paginya usai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Miri (mengambil masa 2-3 jam) menelusuri jalan tepi pantai. Kami makan tengah hari di bandar Miri seketika. Dengan semangat berkobar-kobar dan penuh teruja, kami melewati jambatan penghubung untuk ke BSB (tak jauh pun-mengambil masa 15 minit). Seterusnya melalui pos kawalan Imigresen Malaysia dan Brunei - perlu isi borang untuk pengesahan kenderaan masuk ke Brunei.

Dari pos kawalan Imigresen Brunei, kami perlu membayar tol di Jambatan Rasau, Kuala Belait sebelum meneruskan perjalanan ke BSB dengan jarak 100 kilometer lebih dan sempat menunaikan jamak qasar di masjid di Sg. Liang. Kiranya kami perlu menruskan perjalanan sepanjang 'highway' yang panjang sebelum jumpa lampu isyarat sebelum nak ke Muara.

Syukur alhamdulillah, kami sampai di rumah sahabat baik Linda di Barakas hampir maghrib menjelang walaupun sesat seketika. Kami menumpang berteduh selama dua hari dua malam. Layanan Jida dan Hasnan serta Babu sekeluarga memang terbaik (rasanya tak mampu kami balas). Terima kasih banyak kami ucapkan.






Keesokan paginya kami dibawa berjalan di sekitar BSB. Rasanya, kalau kami pergi sendiri tanpa Jida sekeluarga, mahu dua hari ambil masa nak menjelajahi bumi BSB. Kami sempat dibawa ke taman, ke dataran utama depan masjid dan kampung air, ke tempat membeli-belah-makan dan lain-lain. Dari pagi hingga menjelang maghrib baru kami sampai di rumah - penat agak terasa. Encik suami dan Zack sempat membeli kain dan menempah baju Melayu (sebab upah yang murah berbanding di Malaysia - RB14 = lebih kurang RM35).




Dalam keadaan masih kepenatan, kami terpaksa meneruskan perjalanan pulang dan perlu bermalam di Sibu. Perjalanan hala balik agak mencabar kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Nak sampai ke Sibu terasa amat jauh dan lama. Dalam pukul 4.30 petang, barulah kami sampai di bandar Sibu. Hmm.. nak cari makan kat tempat yang halal pun agak susah sebab dah malam (bertolak 7.30 pagi dari Brunei- hampir 10 jam di jalanan sebelum sampai ke bandar Sibu).

Usai bermalam, kami meneruskan perjalanan pulang ke Samarahan. Sempat singgah bersarapan merangkap makan tengah hari di kawasan rehat dan rawat di Betong. Kami sempat menyinggah di Sri Aman untuk melihat kawasan Benak (pertembungan air laut dan air sungai yang mewujudkan ombak luar biasa - siap ada pesta Benak lagi pada waktu tertentu).

Alhamdulillah kami akhirnya sampai di rumahku semula pada pukul 4.30 petang. Tamat pengkisahan perjalanan musafirku pada kali ini. Panjang umur, murah rezeki, akan datang lagi ke sana, insya-Allah.

Kesimpulan dalam pengembaraan kali ini:
1. Sekurang-kurangnya perlu berjalan dalam masa dua hari untuk menjelajahi bumi BSB.
2. Seeloknya berjalan waktu siang sekiranya tidak biasa bermusafir jauh - elakkan waktu malam.
3. Sekiranya ada kenalan, panjangkan silaturrahmi untuk menumpang berteduh.
4. Jangan minum air banyak sangat sebab tempat rehat yang amat terhad di sepanjang perjalanan.

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....