Khamis, 27 Disember 2012

akhir tahun

Assalamualaikum sahabatku semua.

Semoga sahabatku semua sihat dan ceria, maklumlah banyak yang bercuti untuk memenuhi kehendak anak-anak bercuti. Agak lamakan tak bersiaran. Merajuk kot sebab tak dapat lagi muat naik gambar sebab akaun dah penuh gambar. Nak buat baru, alahai malas yang amat. Ni tulis pun sebab nak ambil mood nak buat blog baru (bila tuh?). Kak Monie jugak yang dah ada blog baru..hehe..

Diam tak diam juga, hampir dua tahun ku berkelana di bumi Kenyalang ni. Alhamdulillah, syukur kerana kami gembira dan selesa duduk di sini. Tak dapat kubayangkan bila satu ketika nanti, ku akan meninggalkan bumi Kenyalang untuk kembali ke tempat asal..hmmm mesti sedih sangat.

Minggu ni pulak, ramai kakak di pejabat nih yang bercuti dua minggu (jeles tau). Itulah tak rancang awal nak bercuti hujung tahun. Melopong je gi kerja dalam keadaan sunyi sepi (adalah juga yang kerja). Takpe, takpe..sabar ye Suhana...dua minggu lagi bolehlah bercuti balik KL tengok rumah (cewah, rindu kat rumah dan jiran-jiran).

Oklah, malas nak menulis banyak, takut sahabatku boring plak.

p/s: tempahan durian crepe masih berjalan..selagi masih ada musim durian...lepas ni nak buat inti apa pulak ekk..nak buat inti krim kastard dan krim jagung..ok tak? hik hik

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...