Isnin, 30 Julai 2012

kuih-muih gegar jiwa..

Tajuk macam nak retak jiwa raga..hehe..kebetulan tengah hari tadi pergi ke pasar raya, ada peniaga dah awal-awal lagi jual kuih tradisional Sarawak. Makain sempat kurakam untuk dikongsi yer..bukan untuk terliur..hmmm..untuk suka-suka je k..kalau terliur tanggung sendiri... nyum nyum

tapai manis...(pulut)


kuih bongkol..kalau murah 3 RM1, kalau mahal, sebiji RM0.60..hmm

kuih celorot..isinya macam kuih kasui kurang lebih..

kuih tako...spesel ada dalam sampan...hehe..

kuih apam pulau pinang..boleh gitu, patutnya apam swk..hehe..inti kelapa parut gaul dengan gula dan kacang tanah tumbuk..

Amacam...terliur tak?..hehe..tak baik kan, puasa buat orang lain terliur...hmmm..maafkan ku..

puasa ke-10

Asmk dan selamat sejahtera sahabat semua. Selamat jumpa lagi dalam minggu baharu nih. Diam tak diam dah sepuluh hari kita berpuasa-alhamdulillah. Semoga puasa kita seterusnya diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
laksa swk..nyum nyum
Minggu lepas ada buat laksa Sarawak disebabkan mempunyai daya mood yang tinggi..cewah. Dapatlah ku menjamu kawan-kawan encik suami. Terima kasih banyak kepada encik suami yang banyak menolong menyiapkan persediaan bahan dari awal lagi.

Hujung minggu baru ni juga ada bermalam dan berbuka puasa di rumah mak bapak Kampung Mang-alhmadulillah. Hari Ahadnya bawa mak, sepupu dan anaknya ke Serikin (dah cakap dengan mereka nak pergi-kena tepati janji). Pergi selepas subuh, sampai rumah pukul 12 tengah hari. Lepas sampai rumah mak, kami melepek kepenatan (kami tak tido sepanjang jalan, mereka ok je boleh lena) dan balas dendam tido.

cantik kan? cendawan kendung..
Antara sayur pelik yang sempat mak angkat kubeli ialah cendawan kendung (warna kuning oren dan ada hanya pada musim panas jer). Jangan risau ye sahabat, cendawan ni selamat dimakan.

mak rendam...
Kami tak dapat berbuka pada petang semalam sebab nak urus rumah yang belum selesai (baju dua bakui tak basuh lagi). Alhamdulillah rejeki, mak ada kirim cendawan kendung, sambal petai dan nasi untuk kami melalui anaknya.

rezeki berbuka petang semalam..ada nasi beriani ayam-kongsi dua orang, bubur pedas (beli),
sambal petai dan sayur cendawan mak yang bagi...

kiri, cendawan kendung dgn daun apa tak pasti dan kanan, bubur pedas...
Tak dapat kucoret banyak sebab otak beku dan tetiba deretan ayat
yang kutaip sebelum ini tetiba hilang dan tidak sempat diselamatkan.

Khamis, 26 Julai 2012

projekku pulak...

Malam tadi sempat kubuat puding roti (pertama kali nih). Resepi mudah kuminta dari Mazura. Tapi kuahnya tak dapat buat masa tuh sebab esoknya baru nak makan (hari ini). Resepi memang nampak mudah tapi cara terpulang pada kita.

buat gula hangus cacamerba..hehe

potong kecil-kecil roti...

potong kecil-kecil juga kurma (kismis takde beli)
Zura memang selalu buat - sedap katanya. Caranya, mula-mula kena buat gula hangus dalam 2-3 sudu gula. Pastu potong kecil-kecil sebungkus roti putih (buang tepi). Masukkan setengah tin susu cair dan gaul rata. Dalam bekas yang lain, kocok sebiji telur dan masukkan 2-3 sudu susu pekat manis dan sesudu kecil esen vanila dan gaul sebati (ku termasukkan banyak susu pekat manis).

adunan dah siap bancuh....
Pastu masukkan dalam bekas roti - gaul sebati dan masukkan kismis atau hirisan kurma, tambah air putih 1/4 cawan - gaul sebati dan masukkan dalam loyang. Kukus dalam masa 30-40 minit. Kuahnya (sos) akan dibuat petang nih (resepinya nanti k).

dah siap dikukus..pastu masukkan dalam peti ais untuk dimakan sejuk...

projek encik suami...

Semalam encik suami pesan untuk beli tepung pulut. Adalah projeknya tuh (dalam hati lega - tak perlu masak pelbagai - kebetulan pun dah dua hari tak makan nasi bagai -  hanya makan martabak dan air sahaja). Nostalgia dia masa kecil dulu yang selalu tengok ma buat kuih nih - buat tak pernah katanya, sebab tulah cuba juga buat kuih ni - alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Kuih ini diberi nama tepung bunga (kalau di Kelantan, panggil kuih bunga jer).


beginilah adunan sebelum digoreng..

Nampak mudah cara encik suami buat. Kisar daun pandan dan perah ambil airnya. Bancuh dengan tepung pulut (jangan terlalu lembut). Pastu bulatkan dan gentel-gentel, pastu penyekkan. Kocok telur sebiji. Goreng kan adunan yang telah dipenyek tu, sebelum tu, celur dengan kocokan telur, pastu goreng - jangan garing sangat. Dah masak, angkat da tabur gula masa tengah panas. Nak makan sejuk pun boleh (masukkan dalam peti ais).

dah siap digoreng dan ditabur gula...
Pastu lebihan adunan tepung, encik suami rebus dan masukkan dalam kuah santan dan nise (gula merah) yang telah siap dibancuh (macam buat puteri mandilah tetapi puteri bersiram..hehe). Maka, kami berbukalah dengan martabak dan hidangan di atas dan di bawah - alhamdulillah rezeki hari semalam.
puteri bersiram...hehe

Jambu bol

Pernah makan buah nih. Selalunya saiznya besar sikit dari nih (kat kampungku lah). Tetapi rasanya tetap sama - sodap. Wong Jowo panggil ni buah jambu bol, kalau warna putih dan besar memanjang, kami panggil jambu botol (susu). Jom layans. 

merah menyala...

sekali nasi Arab dah..

Sekali-sekala balik KL, jom pekena nasi Arab di Dataran Nilai. Sebelum ni hanya tengok kain rentang sahaja, nak masuk tempat tersebut, tutup pula. Alhamdulillah balik baru ni sempat singgah makan sebelum bermula puasa. Rasanya ok dan sedap. Kami minta nasi mandy rasanya (tak hengat pulak) dengan ayam panggang dan satu lagi kambing. Harganya memang berbaloi. Kami makan dua orang termasuk air cuma RM18++ jer....macam tak percaya. Lepas ni boleh makan lagi.
sedapnyer....

Selesai sudah...

Assalamualaikum sahabat semua. Tak lambat lagi rasanya nak ucap selamat berpuasa. Moga Ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah nanti...insya-Allah. Kali ni baru boleh tarik nafas sikit bila sibuk mengemas dan berpindah stesen kerja. Balik daripada kursus je bermulanya puasa, alhamdulillah.

k-pap gergasi kak Monie..

mee kari kak Azila buat..nyum nyum

kuih jala emas dan ** itik..puan Ratna bawa

martabak Raja - sama, puan Ratna yang bawa

spesel-mingkam..peberetku nih...sodap..
Pada minggu kedua kursus juga, kusempat balik kampung menjenguk orang tua. Terima kasih pada sepupu yang sudi menumpangkan ku balik kampung. Alhamdulillah, masa tu musim rambutan, sempat ku merasa hasilnya. Dan dapat juga ku menguruskan mak dan memasak untuk keluarga (kira rajin sikitlah balik kali nih- ku beri peluang adik keluar berlibur).

buah nam-nam..ada di kampung

masak bilis goreng bodoh (alamak tetiba keluar air liur bila tengok nih)..

air tangan adik - ikan mende tah, masak lemak pecal...sodap wehhh
Moh kite cite sikit tentang kisah semasa ku berada di KL baru-baru nih (yang penuh dengan jamuan bahagian sebelum tiba puasa). Seronok berkursus beramai-ramai kali nih dengan adik-adik yang baru habis belajar di IPT dan ada juga yang mempunyai pengalaman bekerja sambilan sebelum diterima masuk DBP.

gambar selingan - sempat buat untuk beri pada kawan-kawan...
Pada minggu akhir kursus, kami sempat membuat lawatan ke Utusan Printcorp-Dawama di Bandar Baru Bangi selama setengah hari. Alhamdulilah kami dilayan baik oleh mereka, siap dijamu sarapan pagi dan makan tengah hari serta diberi cenderamata majalah dan akhbar - terima kasih. Kami dibawa melawat kawasan kilang percetakan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Jom tengok kawasan tersebut.




Dalam pembahagian tugas kumpulan, ku masuk dalam kumpulan empat untuk membuat majalah kanak-kanak. Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama kawan-kawan, kumpulan kami menang mengatasi kumpulan lain. Maaflah tak dapat bergambar sama disebabkan kekangan waktu yang memaksaku pulang dahulu (tumpang kawan balik). Semoga kita dapat berjumpa lagi bila ku turun ke KL nanti. Semoga kita semua dapat menjalankan amanah dengan baik dan berdedikasi.

hadiah yang kami dapat..

ce teka apa dia??

mesti dah tahu apa bendanya kan..terima kasih pihak Urus setia dan penceramah...

Rabu, 11 Julai 2012

gelagat anak buahku..

Jom layan gambar aksi anak buahku yang kusempat kunjungi semasa ke rumah Mazura minggu lepas. Ahmad Taqris Miqzal dan Aimy Nabila.





yang ni gambar aksi Nabila sorang...gaya ala 1960-an..hehe..





yang ni gambar anak Zora, Insyirah Imani...


leka main dengan ulat...hehe

gebus sungguh tangan Insyirah..

dengan mama..kenapa Insyirah takmo senyum..hehe
sempat ku melawat kak Hasliha yang baru bersalin...anak lelaki..alhamdulillah..tahniah kak..




majlis sepupu di Muazam...

Pada akhir bulan Jun baru nih sempat balik ke KL untuk menghadiri majlis anak Su dan Ayah Su - Afiq dan Suzila. Afiq ni anak ketiga dan kembar bersaudara, yang sorang lagi belum lagi. Kiranya ni menantu pertama Su. Encik suami ada kelas, maka ku balik sorang dan menumpang kasih anak Su - ayong untuk balik sama ke Muazam. Jom layans gambar yang sempat kurakam.

bunga luar dewan..Subhanallah cantiknya...

kembang setaman...

ruang masuk ke dewan..

kakak Najma di hadapan meja berdamai...

hiasan ringkas tetapi menarik...

sempat kurakam belakang meja...

meja hidangan yang belum penuh...hehe

kek di hadapan meja yang dah penuh dengan hidangan..

pembelian saat akhir-alhamdulillah ada stok di kedai..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kusempat bermalam beberapa hari di sana. Selamat pengantin baharu buat afiq dan Suzie.

pasangan mempelai berarak masuk ke dewan..
maaflah gambor tak terang...
tak terang juga gambar nih, sebelah kiri abang kembar dan sebelah kanan, adik bongsu...
baju pink tu YB Rosnah yang rajin menghadiri majlis sekiranya diundang..
Ayong dan Umi (Mak Su)
serius..Ayah Su..
gambar tembunku dengan Suzie...hehe
Selingan jap..gambar di bawah ialah hadiah yang sempat kubeli dan beri pada pengantin. Mula-mula berkenan yang polkadot (itu ku yang minat hokeh), namun ada satu lagi corak lain (atas pandangan kakak kepada pengantin), maka ku pilih yang iteww...hehe.. layanss..

idamanku..coraknya jelah..hehe
akhirnya ini yang kupilih untuk dihadiahkan kepada pengantin..semoga tidur mereka lebih nyenyak..hehe

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...