Selasa, 4 Oktober 2016

Lalang menyerang...

~~ Gambo akhir untuk malam nih. Cerita pembersihan kebun belakang rumah ikut kerajinan. Dalam masa 2-3 minggu ni kan musim hujan jer, maka suburlah mr.lalang tumbuh mengalahkan cendawan busut (gambar atas). Subur je kan nampaknya. Bila menjenguk dari dapur, rasa geram jer nak cabut lalang itu. Pokok nanas tu jangan cerita, dah bertahun-tahun tak berbuah. Dah banyak kali encik suami beri amaran nak cabut, tetapi aku kuat pertahankan kelangsungan hidup nanas itu...huhu. 
~~ Yang kanan sekali tu pokok jambu batu besar. Syukur dah empat lima kali berbuah - manis dan rangup. Alhamdulillah. Sebelah kiri tu pokok limau purut dan kasturi - alhamdulillah banyak buahnya (sentiasa ada). Pokok pisang berangan dah 4-5 kali berbuah juga. Cuma tunggu pokok pisang tanduk je - tak boleh membesar dengan cepat disebabkan faktor tanah rasanya. Apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi. Di sebalik pokok yang subur, ada juga yang tidak. Begitulah dalam kehidupan kita. Allah Maha Adil.
~~ Terima kasih encik suami yang turun kebun pada kali ini (bahagian mencangkul)..hehe..aku cabut dan bersihkan rumput yang ada. Kerajinan yang tiba-tiba mendatang - alhamdulillah.

Gambo sebelum dan selepas pembersihan...

Pemberian sahabat jauh...

Baru-baru nih ada kawan abang (Zahari) bentang kertas kerja kat seminar di Banjarmasin. Ada beritahu dia nak kirim hadiah buat sahabat yang duk sana -Yuli. Tetapi kelupaan nak beli dan kirim pulak. Yang aku pulak gatal cakap dengan Yuli ada Zahari ke sana dan pada yang sama ada tak Yuli terlibat dengan seminar tuh. Takde katanya. Siap bertanyakan nama dan hotel tempat Zahari menginap. Jauh sikit pejabat Yuli dengan bandara Banjarmasin nih. Tetapi Yuli gigih bercari cenderamata (siap bungkus lagi) dan kirim dengan kawannya dan beri pada Zahari. Allah, terharunya dengan usaha Yuli. Nanti panjang umur, ada rezeki aku pulak beri sesuatu padamu, sahabatku. Terima kasih atas pemberian kain padaku dan Zahari jugak.

Nota : Yuli ni kenalan semasa bersama-sama kursus kebahasaan di Pusat Bahasa Jakarta - dah 10 tahun rasanya.

Kain dua meter. tapi tak pasti jenis kain apa..rasa macam kain bercorak batik lukis-lembut.

Port Baharu...

~~ Dapat maklumat daripada Kak Yam, toke kantin kat pejabat. Kalau nak beli buah ke sayur import secara borong boleh pergi tempat ni - area epot Kuching. Orang yang biasa berniaga je tahu tempat-tempat macam nih. Rakyat biasa macam kita..hmm susah nak tahu kalau tak diberitahu. Maka jelajahlah kami dua mencari tempat tersebut. Dalam satu bangunan tu ada kedainya juga kalau orang tak nak beli borong. Banyak pilihan dan segar. Kami berpakat 2-3 orang beli satu kotak jer (pun boleh) limau sunkist (dari South Africa) berskala besar (dalam kotak biru) dengan harga RM88.00 untuk 54 biji.  Harga sebiji dalam RM1.60. Kalau beli kat Giant maunya RM2.50 sebiji. Rupanya ada lagi besar saiz buahnya dalam kotak merah - kata Kak Yam. lain kali tanya habis-habis ye Suhana. Nanti habis stok, kita carik lagi ye.

besar kan limau yang dipamer untuk jualan...banyak sayur dan buah segar...
 ~~ Gambar bawah ni pulak, restoran baharu, Ketumbar. Lokasi dekat sangat dengan pejabat kami. Lauk yang pelbagai dan sedap katanya. Tapi kena pergi awal. kalau tak, jadi macam kami, ilekk..habis...haha..sikda rejeki. Sempat ambik gambo deko restoren jer.
Takdok lauk pauk sebab dah habis-tak sampai hati nak ambik gambo..haha
 ~~ Lagi satu yang istimewanya...air tuh sebagai trademark restoren. Air aiskrim soda letak serai, daun pudina dan lemon. Ala macam air yang Kak Monie, kak Suzanti dan Ida buat tuh masa majlis hari raya. hehe...Serupa sebiji. Peberet nih. Ada nampak sikit-sikit mereka bancuh macam mana, Letak serai dalam gelas plastik, dok tenyeh-tenyeh bagi keluar rasa, tuang aiskrim soda, perahkan lemon dan letak daun pudina. Siap! nampak juga ramai pelanggan yang order. Tapi tak boleh minum banyak..air gas tuh..haha. Dah tahu tempat nak cari kat mana kalau nak minum. Selingan kuih puff inti kacang merah. Kreatif dan sedap tapi manis. Nanti kita pergi semula ye.

SR

Daripada makanan yang tradisi kita beralih kepada yang moden. Tekak kampuang ni tetiba nak makan SR. Pukul 9 lebih pagi dah tercongok kat mall dan pergi ke SR. Dahlah sorang je yang bertugas - dialah yang ambik order, masak makanan dan menerima bayaran. Haha.. Nasib baik ada dua pasangan je yang makan pepagi kat SR. Makan spageti jer..sebelum tu makan sepotong kek dikongsi makan berdua. Cewah. Cantik kan deko SR nih?Nanti layan lagi. Kopak duit laki aku..haha. Sori bang!


Pekasam pelengkap hidangan

Kita sambung gambo tentang makanan lagi. Ampunkan hakak. Semua lauk mendebarkan pandangan dan rasa. Pedas dan lazat...haha. Jangan pulak pelik tengok kuah sup kat bawah tuh ye. Tu namanya masak bening kulat (cendawan). Cendawan leper takdok, kita ambik yang tirus..haha. Jadiklah ada rasa cendawan jugak. Sambal totok pedas. Bilis dan cili padi bersatu - meletop. Ayat menyampah..jangan marah kak Monie..haha. Yang bawah sekali, ikan pekasam you. Tapi tak pasti jenis ikan yang dah hadam masuk dalam perut nih. Memang sedap terangkat. Lengkap hidangan simpel tapi hangat. Haha...Layankan aje. 


Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...