Sabtu, 10 November 2012

kelako dan keciwa..

Cewah..macam lain macam je bunyi tajuk kat atas. Ceritanya petang tadi yang berkobar-kobar nak buat kek karet (lobak) le..resepi dah lama ada kat tangan, buatnya tak lagi sebab bahan-bahan tak cukup. Maka petang tadi terlaksanalah hasrat nak buat. Memula tengok jumlah gula kastor yang diperlukan macam tak percaya, 600gm..hmm selalunya buat apa-apa kek ke apam pun, paling banyak 220gm jer. hmm..belasah jelah (dalam hati berkata, memang guna banyak gula kot kek nih).

Pong pang pong pang kat dapur, maka siaplah adunan kek dan siap untuk dibakar, elok je kejadian adunannya. Elok je juga masuk dalam loyang dan siap untuk dibakar dalam masa 30 minit. Siap buat adunan lempeng pisang dan bergolek kat depan tv jap, maka tiba masa nak tengok kek selepas 30 minit. Aik..apasal lembik je adunan bawahnya. Maka kutambah masa membakar setengah jam lagi..hambik. 

Hasilnya, hmm tak juga terjadi ikut yang sepatutnya. Keciwa adalah - hangit dan manis amat. Memang sah salah masuk jumlah gula. Aduhai..melepas nak merasa kek karet. Kelako pun ada..itulah Suhana, sapa suruh tak tengok resepi yang lain, nih bulat-bulat je ikut resepi yang nampak gempak tu je ye...mungkin penulis resepi silap tambah 0 kat depan 60 - agaknya hanya 60gm je gula yang diperlukan.

Takpe, takpe Suhana. Jangan putus asa, cuba lagi lepas ni ye. Usaha tangga kejayaan...haha. Sebagai ganti keciwa, nasib baik jadi lempeng pisang ditabur kepingan badam tadi menjadi - alhamdulillah.

p/s: Maaf gambar tak dapat dikeluarkan masa nih...gambar kemudian akan dimasukkan untuk tatapan bersama..hehe

payah bebeno namanya...

Hehe..nak sebut punyalah payah sebab lidah omputih nama hidangan ni hah. Sherpherd pie gituh. Kita pendekkan nama jadi SP jelah ye. Dah namanya kita belajar buat SP nih, tak best kalau tak cuba sendiri kat rumah, jom kita buat. Disebabkan takde acuan bulat kecil kat rumah, kutaram bekas besar sikit, masa pun dapat dijimatkan ye dak.

kalau kita buat banyak, dapatlah kita simpan stok dua tiga hari, lagi-lagi duk berdua kat rumah, bercinta nak habiskan. Bekalan bahan-bahan dah lama ada dalam peti ais. Tinggal daging je belum beli lagi. Kalau tak buat, rugi nanti. Mudah pun mudah...hehe..cuma rajin tak rajin jer....

inti...kucampur mix vege dengan ayam dan bebola daging cincang (tak dan beli daging cincang)...

adunan kentang dah siap lenyek dan ditambah susu, garam dan lada sulah..nak letak origano sikit pun boleh..

hirisan keju yang ado...janji hado..hehe ..ni pun keju yg adik salah belikan baru nih..hehe

bekas foil yang ada..besar gak....haha

masukkan inti dahulu..

tutup dengan adunan kentang rata-rata...

taburkan hirisan keju dan serbuk origano

dah siap bakar...

jarak dekat..mudah kan...

setelah dikorek isinya...
Ni resepinya..selamat mencuba. Jom kita buat...

Bahan Topping
6 biji kentang direbus dan dileck halus
80gm fresh cream
sedikit garam dan lada sulah
perisa

Cara buat
Kentang yang direbus, dikisar atau dilenyek halus, selepas itu masukkan fresh cream, garam, lada sulah dan perisa. Gaul rata dan ketepikan sekejap.

Bahan inti
250gm daging cincang (ayam pun boleh)
100gm sayur campur (mix vege)
1 biji bawang besar dipotong dadu (bawang bombay)
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu tepung jagung dicampur sedikit air
sehelai daun salam (bay)
perisa 
garam

Cara buat inti
Tumis bawang besar hingga naik bau. Lepas itu, masukkan mix vege dan daging cincang, gaul rata. Tambahkan bahan perisa. dan garam. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung sebagai pemekat. Gaul rata. Angkat bila masak.

Proses berikutnya - bakar
Disebabkan nak bakar hidangan ni, boleh letak dalam bekas kaca atau bekas foil ikut suka kita. Yang penting, masukkan inti dahulu, kemudian tutup dengan topping kentang tadi rata-rata (terpulang nak tebal atau nipis, janji tutup). Selepas tu tabur sedikit hirisan keju dan sedikit serbuk origano. Nak banyak keju pun ok.hehe..bakar selama 30 minit. Selamat mencuba.

Hidangan selingan pun ado..layan jolah...

jambu batu dan asam...

goreng karipap...

eh silap..bukan karipap..ni samosa, org beserah/Ghanu kata..hehe..sebab inti isi ikan..




cuti dan cuti

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali sahabatku yang dikasihi sekalian.

Dah lama kiranya entri tak disiarkan (sangatlah bercinta nak tulis entri sebenonya). Banyak cerita nak kongsi tapi apakan daya, mood ke laut biru. Seminggu yang lepas, ku bercuti balik kampung ke Batu Pahat pada Raya Haji (tiket dah beli lama dah - tahun lepas). Baru dapat tahu yang encik suami dapat bercuti seminggu sempena cuti semester (kena mohon juga cuti), maka kami lanjutkan masa bercuti (terpaksalah beli tiket balik yang baharu). Tak tahu bila lagi akan dapat bercuti lama (setakat ni tak beli lagi tiket untuk ke mana hingga bulan Disember 2012).

    Sempatlah dua kali ku dibawa adikku makan Tutti Frutti kat Parit Raja u !! hehe..siap mak belanja lagi. Terima kasih mak. Dan juga sempat berziarah sahabatku Suhaila di Pt Sonto, terima kasih atas layananmu dan keluarga. Takde gambar yang menarik yang sempat kuambil masa cuti. Hanya gambar anggur lebat berbuah hasil usaha abahku, alhamdulillah (dapat juga merasa naik kereta baharu abah - Alza..mata meleret je memadang kumemandunya, maklumlah baru lima hari dibeli semasa mengambilku di lapangan terbang Senai).





     Pada 30 September 2012 juga ku perlu menghadapi peperiksaan perkhidmatan (dah lama tak periksa). Sempatlah juga membaca hal ehwal organisasi dan perkhidmatan. Sepatutnya kuambil periksa di DBP Sarawak. Memandangkan ku tengah bercuti, maka dari Batu Pahat (dah beberapa hari cuti di sana) ku ke KL pula (harapan agar dapat lulus dengan baik). Lepas je periksa, terus ku balik Kuantan menaiki bas (orang berkelana macam tulah). Satu pengalaman yang seronok sebab dapat balik dengan encik suami, dapat beli buku murah di Kedai 1 Malaysia di Puduraya (kini UTC).

      Pada masa ku bercuti inilah, ku kehilangan dua orang sahabat yang dikasihi - Linda dan Mizi yang dapat berpindah ke DBP KL. Sedih memanglah sedih, tetapi apa kan daya. Inilah lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tak dapat ku meraikan perpisahan mereka mahupun menghantar mereka ke lapangan terbang. Ku doakan mereka berjaya dan bahagia kerana dapat balik ke semenanjung. Nak layan sedih sangat pun tak baik, kerana ku masih ada sahabat lain yang baik di sini - bertabahlah hati wahai Suhana. Sempat kutitipkan puisi buat sahabatku Linda.

Wafy dan Qaleesya....

gambar kenangan yang ada...

Tiada teman ke Serikin
Temanku,
Pasti nanti kau rindu akan Serikin
Tempat liburan kita hujung minggu
Kau, anak-anak dan aku
Amat senang sekali bertamu

Setiap kali kita ke sana

Pastinya teman lain akan bertanya
Ada apa di Serikin?
Kita hanya mampu ketawa kecil
Itu rahsia kami, rahsia anak rantau macam kami
Hanya siapa yang ke sana akan tahu jawapannya

Temanku,

Serikin menjadi saksi kasih persahabatan dan persaudaraan kita
Serikin juga menjadi saksi pertemuan dan perpisahan...

Temanku,

Kenangan menyusuri jalan jejeran kedai
Dengan habuan kemas di tangan
Pasti nanti kau akan rindui saat itu

Kini Serikin tidak lagi kau kunjungi

Pastinya SOGO dan Jalan TAR jadi pengganti

Dan Serikin, jangan tanya aku ke mana menghilang temanku

Kerana aku tak mampu menahan jiwa senduku

Kerana aku tahu,

temanku itu sedang mengecap bahagia di hujung sinar
temanku sedang memeluk awan gemawan kehidupan

Untuk saat ini,

Tiada teman ke Serikin
Tiada teman pengukir rasa
Semoga kita akan bertemu lagi di hujung cinta.



Itu sahaja nukilan yang dapat kubuat untuk sahabatku...sepanjang kumengenalimu di bumi Darul Hana ini - sungguh manis dan banyak kenangan tercipta selayak anak rantau.

     Kami dapat bercuti lama juga pada kali ini - alhamdulillah. Dapatlah 4-5 hari bercuti di Kuantan. Selepas itu kami balik ke KL - menjenguk rumah kami - menjenguk sahabat (Kak Azlin) dan saudara (abang ipar). Keadaan cuaca di KL sebelah petang akan hujan. Agak khuatir jugaklah sebab nak menaiki kapal terbang. Semasa kami balik pun memang hujan lebat. Penerbangan ditangguhkan dalam sejam lebih (lambat juga kami sampai) - semua yang berlaku ada hikmahnya.

    Dan bila kunaik kerja semula, kelibat dua sahabatku tiada lagi. Tiada lagi dua pengacara hebat, tiada lagi teman makan sama dan tiada lagi teman yang suka memasak. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan dengan selayaknya. Nanti kurindu dengan Wafi dan Qaleesya juga...mmuahhh untuk mereka.

                                                       Sedapnya Qaleesya..petai pun jadiklah ekk..kenangan dengan Qaleesya                                                                                        - hari terakhir ku berkunjung ke rumah Linda selepas ke Serikin.

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....