Sabtu, 10 November 2012

cuti dan cuti

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali sahabatku yang dikasihi sekalian.

Dah lama kiranya entri tak disiarkan (sangatlah bercinta nak tulis entri sebenonya). Banyak cerita nak kongsi tapi apakan daya, mood ke laut biru. Seminggu yang lepas, ku bercuti balik kampung ke Batu Pahat pada Raya Haji (tiket dah beli lama dah - tahun lepas). Baru dapat tahu yang encik suami dapat bercuti seminggu sempena cuti semester (kena mohon juga cuti), maka kami lanjutkan masa bercuti (terpaksalah beli tiket balik yang baharu). Tak tahu bila lagi akan dapat bercuti lama (setakat ni tak beli lagi tiket untuk ke mana hingga bulan Disember 2012).

    Sempatlah dua kali ku dibawa adikku makan Tutti Frutti kat Parit Raja u !! hehe..siap mak belanja lagi. Terima kasih mak. Dan juga sempat berziarah sahabatku Suhaila di Pt Sonto, terima kasih atas layananmu dan keluarga. Takde gambar yang menarik yang sempat kuambil masa cuti. Hanya gambar anggur lebat berbuah hasil usaha abahku, alhamdulillah (dapat juga merasa naik kereta baharu abah - Alza..mata meleret je memadang kumemandunya, maklumlah baru lima hari dibeli semasa mengambilku di lapangan terbang Senai).





     Pada 30 September 2012 juga ku perlu menghadapi peperiksaan perkhidmatan (dah lama tak periksa). Sempatlah juga membaca hal ehwal organisasi dan perkhidmatan. Sepatutnya kuambil periksa di DBP Sarawak. Memandangkan ku tengah bercuti, maka dari Batu Pahat (dah beberapa hari cuti di sana) ku ke KL pula (harapan agar dapat lulus dengan baik). Lepas je periksa, terus ku balik Kuantan menaiki bas (orang berkelana macam tulah). Satu pengalaman yang seronok sebab dapat balik dengan encik suami, dapat beli buku murah di Kedai 1 Malaysia di Puduraya (kini UTC).

      Pada masa ku bercuti inilah, ku kehilangan dua orang sahabat yang dikasihi - Linda dan Mizi yang dapat berpindah ke DBP KL. Sedih memanglah sedih, tetapi apa kan daya. Inilah lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tak dapat ku meraikan perpisahan mereka mahupun menghantar mereka ke lapangan terbang. Ku doakan mereka berjaya dan bahagia kerana dapat balik ke semenanjung. Nak layan sedih sangat pun tak baik, kerana ku masih ada sahabat lain yang baik di sini - bertabahlah hati wahai Suhana. Sempat kutitipkan puisi buat sahabatku Linda.

Wafy dan Qaleesya....

gambar kenangan yang ada...

Tiada teman ke Serikin
Temanku,
Pasti nanti kau rindu akan Serikin
Tempat liburan kita hujung minggu
Kau, anak-anak dan aku
Amat senang sekali bertamu

Setiap kali kita ke sana

Pastinya teman lain akan bertanya
Ada apa di Serikin?
Kita hanya mampu ketawa kecil
Itu rahsia kami, rahsia anak rantau macam kami
Hanya siapa yang ke sana akan tahu jawapannya

Temanku,

Serikin menjadi saksi kasih persahabatan dan persaudaraan kita
Serikin juga menjadi saksi pertemuan dan perpisahan...

Temanku,

Kenangan menyusuri jalan jejeran kedai
Dengan habuan kemas di tangan
Pasti nanti kau akan rindui saat itu

Kini Serikin tidak lagi kau kunjungi

Pastinya SOGO dan Jalan TAR jadi pengganti

Dan Serikin, jangan tanya aku ke mana menghilang temanku

Kerana aku tak mampu menahan jiwa senduku

Kerana aku tahu,

temanku itu sedang mengecap bahagia di hujung sinar
temanku sedang memeluk awan gemawan kehidupan

Untuk saat ini,

Tiada teman ke Serikin
Tiada teman pengukir rasa
Semoga kita akan bertemu lagi di hujung cinta.



Itu sahaja nukilan yang dapat kubuat untuk sahabatku...sepanjang kumengenalimu di bumi Darul Hana ini - sungguh manis dan banyak kenangan tercipta selayak anak rantau.

     Kami dapat bercuti lama juga pada kali ini - alhamdulillah. Dapatlah 4-5 hari bercuti di Kuantan. Selepas itu kami balik ke KL - menjenguk rumah kami - menjenguk sahabat (Kak Azlin) dan saudara (abang ipar). Keadaan cuaca di KL sebelah petang akan hujan. Agak khuatir jugaklah sebab nak menaiki kapal terbang. Semasa kami balik pun memang hujan lebat. Penerbangan ditangguhkan dalam sejam lebih (lambat juga kami sampai) - semua yang berlaku ada hikmahnya.

    Dan bila kunaik kerja semula, kelibat dua sahabatku tiada lagi. Tiada lagi dua pengacara hebat, tiada lagi teman makan sama dan tiada lagi teman yang suka memasak. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan dengan selayaknya. Nanti kurindu dengan Wafi dan Qaleesya juga...mmuahhh untuk mereka.

                                                       Sedapnya Qaleesya..petai pun jadiklah ekk..kenangan dengan Qaleesya                                                                                        - hari terakhir ku berkunjung ke rumah Linda selepas ke Serikin.

2 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Salam Su,

Lamanya tak bersiaran Su!

Banyaknya buah anggur! Pokok Mak Aji sendiri bilalah agaknya nak berbuah macam ni!

Linda dah pindah KL ya. Mizi Mak Aji kenal ke?

Siti Suhana berkata...

Wslm Mak Aji...
Betul2 tu Mak Aji, rindu nak menulis ttp kekuatan tiada.
Alhamdulillah, banyak jugaklah hasil kali nih, saya pun terkejut tengok..tp masih masam buahnya..

Ambil masa nak berbuah rasanya Mak Aji, tak pun belai2 dan sayang2 minta berbuah..hehe

haah Mak Aji, Linda dpt balik dan kena lapor diri 5 nov baru nih. Amizi ni kira budak baru..baru 2-3 tahun mula kerja di DBPCS..Mizi ni anak kak Roziah Salleh (hak cipta)...Mak Aji tak kenal sbb dia mula keje di swk...hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...