Khamis, 27 April 2017

Food Truck

Sekarang macam-macam ada diperkenalkan konsep jualan makanan. Yang ni berkonsepkan "Food Truck"/turut disediakan meja comel dan kerusi juga/ dapat membantu pengusaha makanan kecil untuk mencari rezeki lebih. Oklah juga sebab banyak pilihan makanan dan harga agak mahal sikitlah. Kawasan ni masa kami pergi di depan PKNS BBBangi. Nak cuba, meh datang ke sini...




Jom cuba makanan Korea di sini!

Mesyuarat Agung Koperasi

KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD
MESYUARAT AGUNG KAWASAN 4 KALI KE-10 (TAHUN 2017)
4 April 2017 (Rabu)
(Kawasan 4 bermaksud Mesyuarat diadakan di DBP Cawangan Sarawak)
Masa ni diberikan amanah sebagai setiausaha untuk mencatat perjalanan mmesyuarat.

Antara ahli koperasi yang hadir mesyuarat
Gambar bawah: Selingan bergambo dengan adik-adik pelatih industri (Vokasional) yang dah tamat membuat latihan di DBP Cawangan Sarawak pada awal bulan April 2017. Selamat maju jaya buat Bira dan Cecel. Kiut-miut je mereka kan! Aku je dah nampak tua, jauh beza umur dengan mereka tuh! Haha...

Makanan dan Kehidupan

Kalau cerita pasal makan memang takkan habis. Makanlah selagi boleh. Kalu dah sakit, susah nak makan sedap-sedap nanti. Tapi makan berpada-pada ye, macam I sekarang, berkali-kali pikir sebelum nak makan makanan berkolestrol tinggi..huwaa. Sendiri rasa sendiri tahu - rasa badan tak sedap je, semua baju mengecil, kebas tangan! Awas Suhana! Kat bawah nih gambo-gambo sebelum nih - balik kampung-balik KL. 
Ni makanan masa order kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan nun. Namanya je bakar petai tapi petainya secoit jer, banyak lagi petai yang ada kat cawangan BBBangi tu lagi. Aduhai peniaga, bertimbang rasalah lebih untuk memberi petai untuk penggemar petai macam aku nih!  Selepas nih, memang susah nak pergi lagi rasanya, Mahal dan kedekut petai!
 Yang ni nasi kerabu macam biasa...suka makan dengan lempong/paru
 Spagethi cabonara seafood...pun secoit seafoodnya..jadiklah...
 Yang atas nih, sup kimchi, dapp..I suka...
 Ni juga secoit Ttetboki jer (makanan berasaskan beras dari Korea gak)
Harga RM7.00 sebekas. Sebekas kecik saiz separuh dari bekas taufu fah tuh..
Gambo Kiri: jambu batu yang ditanam belakang rumah (dibungkus sebab tu nampak molek/alhamdulillah sedap dan rangup)
Gambo Kanan: Cenderamata dari Kak Zainab Khamis sekeluarga-kenduri kawin anaknya - sepasang kicap comel jenama tak ingat (mudah je, order dengan pembekal-siap dengan pembalut sekali). Kat rumah dah ada telur rebus, tinggal tuang kicap ni jer..hehe
Yang ni plak, aiskrim yang dok banyak iklan kat tv nun. Macam sedap! Harga RM2 sebungkus, besar separuh tapak tangan jer, menariknya sebab ada gambo kartun. Macam konsep sandwich, inti aiskrim dan dikapit dengan biskut. Biskut tu tebal, rasanya manis. Hmm memang sukar nak dihabiskan sebab biskutnya tebal. Ingatkan macam wafer tuh. Makan sekali cukuplah, nak bagi merasa katanya...

Set Idaman

 Cantik tak? Mana satu pilihanmu?



Jumaat, 21 April 2017

Aduhaiii

Aduhaiii..nak habis bulan April nih, kok takde benda nak cerita. Gambar ada tapi tak sempat nak muat naik. Aduhai..bila nak tempek gambar dan cite entahlah. Jeles dengan kak Monie dan Diana nih, banyak dah entri dia...hehe. Kudrat takde sebab melepek puasa dah lima hari penangan angka penimbang nak cecah 70...oh tidak!! Sebulan lagi nak masuk Ramadan..lega. Boleh kontrol nafsu makan. Ni baru puasa sunat lima hari, alhamdulillah angka penimbang dah bawah 65...oklah. Caiyuk2. Umur nak masuk 40-an, berat bandar kena jaga woo...takutnya. Nak bersenam bagai tak sempat. Bersenam basuh kain baju, mop lantai dan berkebun jelah dulu ye. Dah guane! Nampak makanan sedap je, asyik bedal je, banyak pulak tu makan, senamnya idok. Bangkitlah Suhana oii...sedaq diri.

Nanti samb cite lagi. Nak balik duluan. Ok bai!

Kak Monie: Sila jangan menyampah dengan kenyataan saya ini...hahaha

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...