Khamis, 27 April 2017

Makanan dan Kehidupan

Kalau cerita pasal makan memang takkan habis. Makanlah selagi boleh. Kalu dah sakit, susah nak makan sedap-sedap nanti. Tapi makan berpada-pada ye, macam I sekarang, berkali-kali pikir sebelum nak makan makanan berkolestrol tinggi..huwaa. Sendiri rasa sendiri tahu - rasa badan tak sedap je, semua baju mengecil, kebas tangan! Awas Suhana! Kat bawah nih gambo-gambo sebelum nih - balik kampung-balik KL. 
Ni makanan masa order kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan nun. Namanya je bakar petai tapi petainya secoit jer, banyak lagi petai yang ada kat cawangan BBBangi tu lagi. Aduhai peniaga, bertimbang rasalah lebih untuk memberi petai untuk penggemar petai macam aku nih!  Selepas nih, memang susah nak pergi lagi rasanya, Mahal dan kedekut petai!
 Yang ni nasi kerabu macam biasa...suka makan dengan lempong/paru
 Spagethi cabonara seafood...pun secoit seafoodnya..jadiklah...
 Yang atas nih, sup kimchi, dapp..I suka...
 Ni juga secoit Ttetboki jer (makanan berasaskan beras dari Korea gak)
Harga RM7.00 sebekas. Sebekas kecik saiz separuh dari bekas taufu fah tuh..
Gambo Kiri: jambu batu yang ditanam belakang rumah (dibungkus sebab tu nampak molek/alhamdulillah sedap dan rangup)
Gambo Kanan: Cenderamata dari Kak Zainab Khamis sekeluarga-kenduri kawin anaknya - sepasang kicap comel jenama tak ingat (mudah je, order dengan pembekal-siap dengan pembalut sekali). Kat rumah dah ada telur rebus, tinggal tuang kicap ni jer..hehe
Yang ni plak, aiskrim yang dok banyak iklan kat tv nun. Macam sedap! Harga RM2 sebungkus, besar separuh tapak tangan jer, menariknya sebab ada gambo kartun. Macam konsep sandwich, inti aiskrim dan dikapit dengan biskut. Biskut tu tebal, rasanya manis. Hmm memang sukar nak dihabiskan sebab biskutnya tebal. Ingatkan macam wafer tuh. Makan sekali cukuplah, nak bagi merasa katanya...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...