Khamis, 15 Jun 2017

Tamat Latihan Industri

Pada 5 Mei 2017, tamatlah latihan bagi pelatih industri di DBP Cawangan Sarawak, Cik Jasy dan Cik Ariana yang cantik dan rajin (pelajar dari USM, Pulau Pinang). Seronok dapat bekerja dengan mereka. Sentiasa bersemangat dan rajin buat kerja. Habis satu tugasan je, dah minta tugasan baharu. Dalam masa tiga bulan, mereka banyak belajar dan rajin menjalankan tugasan. Selamat maju jaya buat mereka.
 Kanan sekali: Ariana
 Jasy...praktikal di Unit Penerbitan
Selingan:
~ Sempena Ramadan Kareem tahun ini kucuba untuk solat Isyak dan terawih di masjid. Biasanya kami akan ke masjid dalam kawasan perumahan polis di Tabuan. 10 ke 15 minit sebelum masuk waktu, barulah kami bergerak ke masjid. Masjid tersebut antara masjid yang terdekat dari rumah kami (takdak masjid di kawasan taman). Usai terawih dan witir, pulang rumah dan cuba mengaji (aku suka baca dua muka surat dan baca terjemahannya). Terpulang pada kemampuan masing-masing. Ada yang cuba khatam Quran dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
~ Menjelang Syawal kali ini pun, kemalasan aku untuk membaking kek bagai. Memang malas! Jawabnya, tempah kek lapis je lah nampaknya (gantung oven sementara). Dan raya kali ini rasanya lebih bersederhana. Adik laki bertugas hingga raya kesebelas! Reha dan Rayyan balik Santubong, raya kelima baru pulang BP..huwaa..Boring plak bila Rayyan takde. Tinggal Hadi seorang.
~ Kawan-kawan dah ada yang balik Malaya, pulang kampung tercinta minggu nih. Kami hanya mampu balik jumaat minggu depan. Kapal terbang konpem penuh dan ramai cikgu yang baru bercuti selepas habis kelas jumaat depan. Epot konpem sesak. Kami turun KL dulu baru pulang BP tumpang adik kembar nampaknya.
~ Selamat menjalani ibadah puasa untuk 10 hari yang terakhir ini. Semoga bertemu malam Lailatul Qadar dan semoga segala ibadah puasa, solat, berbuat kebaikan akan diterima Allah SWT..Aamin
~ Hati-hati pulang ke kampung ye sahabat semua. Selamat menyambut lebaran. Maaf zahir dan batin.

Jalan-jalan ke Sabah 5

Hari Kedua. Awal pagi kami daftar keluar untuk tidak mensia-siakan masa yang ada. Kami bergerak balik ke KK semula (dan akan menginap di Hotel Casuarina, Tanjung Aru - dekat dengan epot). Kami singgah di Rumah Terbalik (milik orang persendirian) di Tamparuli. Jom layan gambo yang ada.
 Kaunter bayaran masuk.
Ada lukisan kerbau. Tak silaplah, kawasan Tamparuli ni terkenal dengan ternakan kerbau... 
 Sebagai rujukan.

Masa kami nampak dari luar, takdelah rumah tu terbalik. Elok je macam biasa. Bila dah masuk, tetiba jadi terbalik pulak, macam magic pulak. Haha..takdelah. Iu teknik gambo diterbalikkan jer. Dah kata nak tengok rumah terbalik, mestilah terbalik itu rumah..hehe

 Cubaan untuk mengambil gambar dalam keadaan memicit itu rumah, namun gagal..hehe


Masa nak masuk dalam rumah terbalik nih, jurupandu kata perlu jalan terbalik juga! Mengikut jelah kami nih. Dan tak bestnye bila nak masuk, telah diberi peringatan untuk tidak merakam atau mengambil gambar (swafoto atau mengambil gambar barang) dalam rumah. Hmm tak best lah sebab tak dapat nak kongsi pada semua. Apa boleh buat, perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan. Jurupandu memberi penerangan sambil berjalan melihat sekitar kawasan dalam rumah. Memang semua barang disusun terbalik!
 Mak dan bapak angkat yang kukenali sudah 16 tahun...
 Kebun pun terbalik.
 Teknik gambo..keta tak terbalik..pastu kami angkat dan terbalikkan..hehe...

Usai di sini, kami meneruskan perjalanan dan sempat singgah ke rumah sepupu mak di Kg. Kobuni, Inanam. Sempat berehat sejam dua, makan tengah hari dan solat. 


Kat belakang rumah ni ada sungai kecil-aliran air dari air terjun.
Yang bestnya kat kampung ni, air percuma ye..syukur (guna punca air dari sungai)

Kemudian, menuju ke DBP Cawangan Sabah. Jumpa teman-teman yang ada. Berkebetulan diadakan pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Sabah. Alhamdulillah dapat jumpa Puan Hajah Asmiah, Kak Kugee, Kak Jannah, Kak Siti Hadiah, Encik Rusdi dan lain-lain. Sempat bersembang dalam masa setengah jam, kemudian kami daftar masuk hotel. 


Sebelum berjalan-jalan sekitar KK, kami perlu daftar masuk hotel di Tanjung Aru (lupa nama hotel-Casuarina rasanya). Berehat sejam dua dan lepas solat Asar keluar lagi.



Kemudian mencari makan malam di sekitar bandar KK. Kami keluar awal agar mudah dapat parking. Sempat ke Pasar Filipin mencari aksesori gelang dan kerongsang serta fridge magnet. Misi makan makanan laut jangan dilupa. Bapak belanja, terima kasih!
Sekitar bandar Kota Kinabalu


 Pasar Filipin








 Misi mencari makanan laut..segar dan besar-besar...




 siput kelapa jika tak silap...

 Banyak gerai-gerai makanan laut dalam khemah besar..pelbagai pilihan dan rasa...

 Ikan siakap masak 3 rasa yang kurang kuahnya...hehe

 udang dan sotong goreng butter/celup tepung...
 Pencuci mulut..RM5 sebekas..limau bali/gadang
Alhamdulillah selesai misi percutian singkat kami yang dirancang saat akhir. Sempat bermalam semalam lagi di KK dan esok pagi dah pulang ke Kuching semula. Syukur pada Allah SWT kerana memudahkan urusan kami sepanjang masa bercuti di Sabah. Memang tak puas meneroka bumi abah. Selepas ini misi ke pulau-pulau yang ada di Sabah pulak. Insya-Allah. Terima kasih encik suami yang banyak menguruskan dan menaja percutian kami kali ini. Terima kasih daun keladi, ada rezeki bercuti lagi. Aamin.

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...