Isnin, 2 Mei 2011

Jeruk jambu air...

Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya pergi bermalam di rumah mak apak di kampung Mang. Dan hari ini juga sebenarnya banyak perkara telah dibuat dan dirakam dalam kamera henpon nih. Tetapi tak sempat nak cerita macam-macam. Untuk malam ni hanya sempat muat naik gambar hasil perolehan 'menjambukan' buah jambu air yang terabai. Kalau dapat peluang, memang saya suka buat jeruk jambu air nih. Mudah je nak membuatnya.
     Mula-mula, 'siang' jejambu air tersebut - manalah tahukan, banyak ulat ker. Kemudian, bersihkan dan basuh. Masukkan dalam periuk dan buh air, letak garam sedikit. Rebus - nak sekejap boleh (rangup sikit), nak lama pun boleh (lembik sikit nanti jadinya). Selepas masak, tapis dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Sebelum ditutup, taburkan gula ikut suka (masa panas-panas) dan terus tutup (biar gula larut dan bersatu dengan jambu). Hasilnya, gula akan larut dan jadi air. Kemudian lagi, bolehlah masuk dalam peti ais dan nikmatinya sejuk-sejuk...mmm.. nyaman. Selamat mencuba ye tuan puan.


bila dah 'siang' dan bersihkan, sila rebus jambu air tersebut yer...
  
bila dah masak, tapis dan masukkan dalam bekas dan tabur gula, tutup rapat...

Hasilnya.. encik suami dan mereka yang lain telah ngap. Jeruk jambu air ni sesuai dimasukkan dalam peti sejuk. Kalau macam kami ni, takde peti ais, nampak gayanya kena ngap terus kerana dalam masa 2-3 hari sahaja dapat bertahan. Kalau lambat makan, takut tak sedap pulak kelak. 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...