Selalunya kutunjuk hanya gambar hidangan bubur lambuk yang dah siapkan. Tapi, petang tadi agak rajin mengambil gambar bahan-bahan nak buat bubur ala Pahang nih. Kira dah mahirlah sebab selalu buat. Ni resepi mak mentuaku, mula-mula agak janggal rasanya, bila dah selalu buat dan selalu makan, rasa jatuh cinta pulak (dah suami orang Pahang kan). Suka buat bubur ni bila waktu puasa sunat (tetapi petang tadi tak dapat berpuasa).
Petang tadi semangat nak buat sebab ramuan dan bahan banyak yang ada. Cuma, bila sampai umah, lupa nak beli ikan. Pastu ikan yang nak kita beli takde, beli ikan lainlah jawabnya, janji ada rasa. Apa nama ikan ni, orang Sarawak panggil ikan 'kepalak". Macam takde je spesis ni kat semenanjung. Pastu, elok je nak mula masak, bekalan santan pulak takde. Minta encik suami singgah ke kedai pulak untuk beli santan segera.
Apa bahan-bahannya tuan dan puan? Bubur lambuk ala Pahang ni banyak menggunakan daun - daun pucuk paku merah, daun kunyit, daun kesum, nak moden sikit tambah jagung muda. Pastu tambah isi ikan yang ditumbuk dengan lada hitam, hiris halus-halus halia, bawang merah dan serai (bagi ada rasa sikit), buh halba sikit (nak banyak pun boleh), udang dan sotong, dan jangan lupa buh ubi keledek yang warna oren sedap juga, potong dadu (kali ni tak letak sebab lupa nak beli).
Tu dia bahan-bahannya yang perlu disediakan awal, maunya tak bersilat kat dapur. Kena persiapan fizikal dan mental yang cukup bila kat dapur nih. Macam mana nak buat ye tuan dan puan? Mula-mula, masak sedikit beras (kira-kira satu cawan untuk dua orang makan) macam biasa - kalau ada ubi keledek, masak sekali dengan beras. Dah agak nak masak, tambah air sedikit. Biarkan sekejap, bila dah empuk sila masukkan santan ok.
masak beras macam biasa (guna beras huma-merah, bila dimasak, macam bubur pulut hitam pulak) .. |
buh santan, hirisan bawang, halia dan serai... |
Kemudian, masukkan hirisan bawang, serai dan halia, kacau lagi. Masukkan isi ikan yang ditumbuk untuk bagi pekat sikit dan gaul rata. Masukkan udang dan sotong, gaul lagi. Masukkan sayur-mayur, kacau rata. Jangan lupa buh halba dan garam secukup rasa. Sila gaul hingga sebati.
masukkan isi ikan, udang dan sotong.... |
masukkan sayur-mayur...gaul rata |
siap untuk dihidang..inilah bubur lambuk istimewa orang Pahang.. |
Kemudian, siap untuk dihidang dan dimakan. Alhamdulillah, petang tadi begitu rasa nikmatnya bila makan bubur ni (syukur pada-Mu Ya Allah). Dek kerana kerajinan melanda, tak lupa untuk bakar ikan puput sebagai menu tambahan. Bubur ni sedap juga makan bila ada regunya - keropok goreng , ikan goreng atau ikan kering. Selamat mencuba ye tuan dan puan.
tak cukup pembalut, buh apa yang ada..tergolek dok ikan puput nih... |
dah siap bakar-siap untuk diangkat.. |
Apa pulak menu nak masak esok ek? Bekalan ikan terubuk segar yang ada teluq masih ada menunggu dengan sabar untuk dibakar..hehe... fikir esoklah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan