Selasa, 17 Mei 2011

Kalau dah namanya perempuan...

Macam suspen je tajuk entri nih. Bukan apa, nak cerita sikit sikap orang perempuan (nak cakap diri ni sendirilah). Rasanya dah dua hingga tiga kali lupa nak perbaharui lesen memandu, agak-agak yang lain pernah alami situasi tersebut tak? Ada sekali tu, encik Suami tolong uruskan dan buat lesen untuk tiga tahun, alhamdulillah selamat untuk masa tu. 
Selepas tu urus sendiri dan buat untuk setahun jer. Sudahnya lupa sekali lagi nak buat tahun ni . 
Jumaat lepas baru tergerak dok belek-belek dompet yang hampir nak koyak tu. Ambik ko, tarikhnya dah luput 2-3 hari, baru nak sedar. Kelam-kelibut sekejap, dahlah ada mesyuarat penting pagi tu. 
Akhirnya minta tolong kawan untuk perbaharui lesen untuk setahun (terima kasih). 
Harap-harap tahun depan tak lupa lagi (maaf celoteh tak bergambar - sekali sekala takper ek).

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...