Selasa, 10 Mei 2011

Mangga Mahathir

Berpeluang menginap dan bersilaturrahim dengan keluarga angkat, kami dapat melihat kawasan persekitaran rumah bapak dan mak dengan baik. Bestnya juga kerana deria hidung kami (tiga orang peserta),  tetiba menangkap bau yang agak enak juga - bau belacan! Kami fikir jiran sebelah sedang memasak hingga menyebabkan aroma masakan menusuk ke hidung kami - rupanya jiran sebelah sedang menjemur belacan segar - dari bubuk.

belacan Bintul-terbaik!..
Lama tau proses nak buat belacan terbaik nih... belacan Bintulu kan...terbaik! Pastu bapak ni rajin ternak ayam, bercucuk tanam. Adalah satu pokok mangga tuh, subhanallah, begitu besar buahnya - walaupun pokoknya kecil. Adalah dalam 5-6 buah mangga yang sedang rancak 'membesar.' Bapak kata buah tu bernama mangga Mahathir (kurang pasti mengapa digelar begitu-lupa pulak, maaf yer tuan dan puan). Beratnya boleh mencapai 1.5 kilo lebih. Jom kita tengok pokok dan buahnya.

pokoknya kecil jer...tapi cuba tengok buahnya..lumayan!
geram jer tengok buah ni, nasib baik tak masak lagi...hehe

berat ni ye tuan puan...takut tak cukup masa, jatuh bedebuk plak..hehe
sebahagian daripada reban ayam...


pokok salak pun ado..
Pokok cili, pokok sirih dan lain-lain tak sempat nak snap. Kiranya keluarga bapak ni memanfaatkan kawasan tanah di sekeliling rumah dengan jayanya...syabas!. Tambah satu lagi buah- buah cempedak rasanya, tak tertanya kat bapak apakah nama spesis buah nih... tengok dua kali macam buah nangka.

ce teka ce teka, buah apa ni?..hehe

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...