Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari Jumaat..makanya esok cuti rehat selama dua hari. Taktau nak citer apa sebenarnya. Buntu dan kematu! Cuma dua hari lepas, sempat pergi dengan Linda ke Gobel (mudah nak ingat- Goebelt sebenarnya). Dok asyik orang cakap, tempat naik ikan-segar dan murah, naik geram dibuatnya.Tu yang sahut cabaran Linda, ikut dia ke sana. Dari DBP tak jauh nak ke situ, dalam 20 km lebih. Sebelum nak masuk kawasan kampung nelayan tu, luas je pemandangan kanan kiri-kawasan kilang juga.
Apabila dah masuk situ, subhanallah memang cantik pemandangannya. Kawasan perkampungan Melayu yang agak teratur, moden dan maju nampaknya. Sebelum beli ikan, aku ambil peluang tangkap gambar pemandangan sekeliling dengan kamera hp cabukku.
rumah-rumah penduduk pun dah moden... |
Selepas itu, apalagi belilah ikan. Dek kerana pergi sebelah petang, bekalan ikan segarpun hampir habis. Jadinya pilihlah apa yang ada dan ikan yang aku suka makan. Aku beli ikan cencaru sederhana besar tiga ekor (cuma RM3.50), memang terkejut dengan harganya, sememangnya murah-murah. Pastu kubeli ikan popok (ikan jenis putih-banyak tulang dan semacam ikan terubuk dan lebih sedap isinya) dan sotong jer. Kalau nak majlis kenduri dsb, berbaloi pergi ke sini. Nasib baik peti ais kecik, kalau besar mau aku borong semuanya...haha. Lain kali, lain masa, beli yang ikan yang lain pulak. Memang berbaloi dan puas hati, alhamdulillah.
salah satu kawasan menjual ikan... |
anak-anak nelayan sempat menjala ikan dekat-dekat kawasan tersebut..dapat terus siang jer.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan