Apa yang anda dapat setelah pergi ke toing toing? Jawabnya buku yang dah lama ku nak beli, asyik tak cukup pitih jer. Alhamdulillah kali nih, dapat gaji jer terus beli buku ni. Rege ok jugak. Disebabkan hari ini hari Sabtu, makanya 'say no to' beg plastik ye tuan dan puan. Dibungkusnya saja dengan balutan kertas, comel jugak. Buku apa yang telah saya beli?
tiga buah buku, dua tuan punya badan punya, satu lagi encik suami punya... |
Inilah bukunya, Natrah, Jom Menyerlah dan Herbs... |
Memang dah lama nak beli buku Natrah ni, alhamdulillah akhirnya kesampaian-nak tahu betul-betul rentetan sejarah hidup beliau. Pastu memang suka beli buku motivasi tulisan DR HM Tuah Iskandar. Tak lepas beli setiap keluaran buku motivasinya yang menggunakan bahasa bersahaja dan turut diselitkan pengajaran dari cerita/pengalaman beliau dan orang sekelilingnya. Rasanya baru beli minggu lepas (ingatkan yang terkini, rupanya ada lagi yang terbaharu). Puji cara beliau yang tak jemu menulis dan sentiasa terus menulis, bukan sahaja buku berbentuk motivasi, malah dalam bentuk novel, dalam setiap artikel majalah dsb.
Tahniah Dr. HM Tuah Iskandar.
Pastu, sebelum balik beli benda nih, rupanya encik suami dah lama pandang semasa masuk dalam toing toing nih. Memang dah lama tak makan, jadinya beli enam butir dalam satu set (kira makan tengah hari) - lalu dibawa pulang dan makan di rumah.mai..mai beli...murah... murah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan