Selasa - 3 Mei 2011
Entri akhir untuk hari ini ialah berkaitan rezeki yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah. Tetiba ada suara memberi salam, rupanya anak mak apak (Azfa, Yahya dan Odin) lalu menghulurkan kepada kami sedikit kuih - terima kasih sebab tolong hantar yer. Dah namanya orang tua yang sayangkan anak-anak (termasuk anak angkat kiranya), tak lupa mengirimkan kuih untuk kami berdua. Terima kasih mak apak.
Inilah kuihnya - kalau di Sarawak, orang panggil kuih 'KALUPIS' (kelupis). Kuih ni berasaskan pulut dan dibungkus dalam daun palas. Sempatlah kami menyantap sebarang dua butir dengan pencicah serunding daging (stok yang ada). Selepas tu jenuhlah nak tunggu makanan nih masuk perut dan hadam sebaiknya - nak tidur pukul berapa ni wei..esok nak bangun awal...hhmm..
sebelum dibuka... |
selepas dibuka...nyaman.... |
Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki-Mu Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan